Cikgu Malaysia ramai tak sedar diri, ego tak bertempat


Sebuah artikel terbitan Malaysia Dateline, siaran Ahad 7 Julai 2025 telah menarik perhatian ramai, namun masih boleh dipersoalkan.
 
Menurut portal itu, seorang guru Bahasa Melayu berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi kekesalan terhadap tindakan pelajar menggunakan Bahasa Indonesia dalam penulisan karangan bagi mata pelajaran diajarinya.

Kesilapan dilakukan sesetengah pelajar ini sememangnya cukup membimbangkan jika mereka melakukan perkara yang sama ketika menjawab peperiksaan Bahasa Melayu berikutan boleh menjejaskan markah.

Kekesalan tersebut dikongsikan oleh guru yang dikenali sebagai Cik Gja itu menerusi satu hantaran video dimuat naik di akaun TikTok miliknya memaparkan dirinya ketika menegur tindakan dan kesilapan anak muridnya.

Menurut Cikgu Gja, memang terdapat perkataan Bahasa Indonesia memiliki maksud yang serupa dengan Bahasa Melayu namun penggunaannya kadangkala tidak tepat dalam konteks tertentu terutama bagi situasi formal.

Apa salahnya guna istilah rumah sakit dan teman sebagai pilihan? Atau Cikgu ini suka pencemaran bahasa yang akhirnya istilah-istilah Melayu semua datang dari istilah Inggeris yang diMelayukan?

Antara contoh kesalahan ditemukan oleh Cikgu Gja dalam karangan pelajarnya itu adalah rumah sakit yang merujuk kepada hospital selain teman-teman untuk penggunaan perkataan kawan-kawan.

Dalam usaha untuk membendung masalah ini, Cikgu Gya menasihati anak muridnya untuk mengurangkan waktu tontonan khususnya bagi kandungan atau ‘content’ dari negara sebarang sehingga mempengaruhi pelajaran.

Ibu bapa juga disarankan untuk memantau anak-anak dan lebih peka dengan kandungan yang ditonton mereka kerana dikhuatiri boleh menjejaskan pemahaman dan penulisan terutama dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

“Cikgu membebel bukan suka-suka. Tolong ya, ibu bapa. Pantau content yang anak-anak tonton. Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam; berencana (merancang), teman-teman dan rumah sakit.

“Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis,” kata guru berkenaan di ruangan kapsyen rakaman yang sudah meraih tontonan sebanyak 2 juta dan 128,300 tanda suka daripada pengguna TikTok itu.

Teguran yang dilakukan oleh Cikgu Gya ini bagaimanapun turut meraih tumpuan masyarakat Indonesia yang salah faham malah beberapa pengguna juga turut tersinggung kerana menyangka bahasa mereka direndahkan.

Guru terbabit kemudian menjelaskan bahawa teguran itu dibuat khusus untuk pelajar yang melakukan kesalahan dalam menjawab peperiksaan dan tidak berniat untuk menghina mana-mana bahasa mahupun negara.

“Saya hormat Bahasa Indonesia. Bahasa yang indah dan kaya budaya. Tetapi dalam karangan sekolah, murid perlu menggunakan Bahasa Melayu yang betul berdasarkan silibus Malaysia. Namun ramai murid terpengaruh dengan content luar negara.

“Jadi ini hanyalah peringatan mesra untuk ibu bapa agar mereka turut bantu pantau dan bezakan penggunaan bahasa mengikut situasi. Mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Niat saya cuma nak mendidik dengan kasih.” jelasnya.

Kalau kamu betul-betul bagus, sanggupkah kamu menjadi guru seperti di bawah ini?



Sumber berita dari Malaysia Dateline dan Siakap Keli

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?