Aktivis beri amaran kepada KSN jangan kurang ajar kepada Rukun Negara
Kumpulan pelajar membidas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kerana melarang penjawat awam menyertai demonstrasi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan, Sabtu ini.
Menurut Malaysiakini, Federasi Pemuda Kebangsaan berkata demikian ketika menolak larangan Shamsul Azri atas alasan tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dalam Rukun Negara.
“Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar jangan kurang ajar dengan rukun negara dan perlembagaan persekutuan.
“Inilah masalah apabila hanya mengambil rukun negara mengikut kehendak rasa, akhirnya gagal memahami konteks secara menyeluruh,” kata pemimpin kumpulan itu Encik Hamdin Nordin.
Satu demonstrasi bagi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dijadual berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Encik Usuf Jan Mohamad berkata Cawangan Khas PDRM mengunjurkan kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 orang.
Dalam kenyataan hari ini, Hamdin menyindir Shamsul Azri sebagai menutup telinga ketika penjawat awam lain membaca Rukun Negara setiap minggu.
Hamdin mengingatkan terdapat rukun lain iaitu keluhuran perlembagaan dan perkara 10 perlembagaan menjamin hak-hak untuk berhimpun, bersuara dan berorganisasi.
“Atau mungkin KSN setiap kali membaca Rukun Negara, dia hilangkan rukun ketiga tentang keluhuran perlembagaan,” perlinya.
Hamdin mengingatkan bahawa perlembagaan adalah dokumen tertinggi negara, bukan arahan lisan daripada mana-mana individu berkuasa.
“Sekiranya beliau sendiri gagal memahami prinsip asas negara, maka adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan dan berhenti memalukan institusi perkhidmatan awam,” katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment