Tangisan Hati Seorang Balu

Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin semalam mengecam sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan aset hartanah di luar negara dan melahirkan rasa terkejut tidak dimaklumkan mengenai permohonan mahkamah mengenainya, ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih menyasarkan bekas menteri kewangan itu yang meninggal dunia lebih enam bulan lalu, demikian portal berita pro-pembangkang MalaysiaNow memulakan laporan pada Rabu, 4 Jun 2025.

Toh Puan Na'imah Khalid berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai pembekuan aset milik keluarganya di luar negara melalui laporan media.

"SPRM mendapatkan perintah ex parte ini secara rahsia, dalam senyap di sebalik pintu tertutup, dan saya tidak pernah diberi peluang bersuara," katanya dalam kenyataan, menyifatkan langkah terbaharu itu sebagai dendam dan bermotifkan politik.

"Sepatutnya saya dibenarkan membela diri di mahkamah. Tidak sesiapa pun yang munasabah akan mengatakan ia berlandaskan keadilan atau keadilan semula jadi. Mereka mendapat perintah itu melalui serangan hendap."

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan SPRM untuk membekukan aset bernilai lebih RM750 juta milik Na’imah dan keluarganya di United Kingdom.

Langkah terbaharu itu di sebalik keputusan kontroversi Anwar untuk sekali lagi melanjutkan kontrak Tan Sri Azam Baki menerajui SPRM. Anwar telah mempertahankan keputusan itu dengan memuji Azam sebagai "berani" melawan rasuah.

Bulan lalu, Azam dikecam bermain politik selepas kenyataannya mendakwa menerima "maklumat baharu" melibatkan aset "bernilai tinggi" yang dikaitkan dengan Daim dan keluarganya, di mana lapan siasatan baharu dilancarkan SPRM.

Tindakan itu dilakukan meskipun pertuduhan berkait pengisytiharan aset terhadap Daim digugurkan sejurus selepas kematiannya.

"Ini tindakan pengecut, kerana Daim tidak lagi berupaya membela diri atau keluarganya,” kata peguam Encik Rajesh Nagarajan dan Encik Sachpreetraj Singh yang mewakili Na’imah dan keluarganya.

Beberapa bulan sebelum kematiannya pada November lalu, Daim yang semakin uzur keadaan kesihatannya menjadi sasaran serangan Anwar, yang mendakwa bekas menteri kewangan itu mengumpul kekayaan secara haram, iaitu tuduhan yang kerap dilakukan oleh perdana menteri terhadap musuh politiknya.

Bagaimanapun, siasatan SPRM terpalit kontroversi susulan pendedahan oleh Bloomberg bahawa ia dilancarkan akibat tekanan Anwar terhadap Azam.

Dalam kenyataannya semalam, Na'imah menyifatkan pembekuan aset oleh SPRM sebagai "pencabulan mengejutkan terhadap norma undang-undang yang paling asas".

"Hakikatnya, tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkan permohonan ex parte itu dibuat. Kini mereka berselindung di bawah undang-undang untuk menghalalkan sesuatu yang tak ubah daripada kecurian berinstitusi," katanya.

"Tidak boleh diterima perkara ini berlaku di Malaysia. Pembekuan harta oleh kerajaan tanpa notis kepada pemilik sah merupakan duluan yang berbahaya."

Na'imah sekali menegaskan tindakan terhadap Daim dan keluarganya merupakan rentetan "kempen fitnah yang panjang dan berterusan" oleh Anwar dan Azam sejak akhir 2022.

"Yang paling membimbangkan dan mengejutkan ialah ia dilakukan walaupun tanpa apa-apa perbuatan jenayah dibuktikan terhadap Daim," tambahnya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada agensi kerajaan kini boleh bertindak berlandaskan "khabar angin dan permusuhan politik".

"Sempadan telah dilanggar. Dan jika kita tidak melawan, mungkin tidak akan ada lagi sempadan, dan tidak ada rakyat Malaysia yang terlindung daripada kuasa yang tidak terkawal. Saya tidak akan tunduk kepada pembuli. Kebenaran dan keadilan akan ditegakkan.

“Kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, ingatlah Surah Ash Syura 42-42,” katanya merujuk ayat Al-Quran yang memberi amaran kepada pemerintah yang menzalimi orang lain.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim