Mahkamah Persekutuan tolak fatwa sebagai tidak terpakai kerana SIS bukan manusia

Tun Tengku Maimun Tuan Mat,
Ketua Hakim Negara
Gambar Fail Berita Harian

Media melaporkan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia.

Ini kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan.

Susulan itu, seperti dilapor Berita Harian, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan dikemukakan SIS Forum dan pengasasnya, Datin Paduka Zainah Mahfoozah Anwar, berhubung pertikaian keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng ajaran Islam sebenar yang dikeluar dan diwartakan 11 tahun lalu, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Mahkamah tertinggi negara itu dalam keputusan penting yang menjadi nas undang-undang, memutuskan perkataan 'orang yang menganut agama Islam' yang diguna pakai dalam fatwa itu hanya boleh merujuk kepada orang sebenar dan bukan orang buatan seperti syarikat.

Ia bagaimanapun menyatakan, mana-mana individu yang bertanggungjawab atas sebarang tindakan syarikat, pertubuhan atau institusi yang melanggar fatwa itu, adalah kekal terikat dengan fatwa berkenaan.

Panel empat hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini melalui penghakiman majoriti 3-1 membenarkan rayuan akhir SIS Forum dan dua yang lain untuk mencabar keabsahan fatwa berkenaan.

"Bagi mengelak kami disalah faham, kami mengulangi bahawa kami tidak membuat apa-apa komen mahupun menyatakan apa-apa pendapat mengenai isi kandungan fatwa itu.

"Ia khususnya terhadap frasa yang berbunyi: '... fahaman liberalism dan pluralism agama adalah sesat dan menyelewemg daripada ajaran Islam' dan 'mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam' kerana ini perkara dalam bidang kuasa eksklusif responden.

"Kami mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta membenarkan rayuan perayu setakat mana ia berkait dengan pemakaian fatwa itu kepada pertubuhan dan institusi dan setakat mana fatwa menyentuh agensi serta kuasa agensi Persekutuan," katanya.

Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, dan Datuk Abu Bakar Jais.

Sebelum ini rayuan didengar lima hakim termasuk Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang sudah bersara (sebelum keputusan dibuat), bagaimanapun Seksyen 78 Akta Mahkamah kehakiman 1964 menyatakan ia boleh diputuskan empat hakim.

Fatwa yang diwartakan Kerajaan Selangor pada 31 Julai 2014, mengisytiharkan bahawa SIS Forum, mana-mana individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman menyeleweng liberalisme dan pluralisme, menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa itu juga menyatakan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural terhadap Islam perlu diharamkan dan dirampas serta mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menapis laman web sosial yang bertentangan ajaran Islam dan hukum syarak.

Tengku Maimun dalam penghakiman berkata, mengguna pakai prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes terdahulu, fatwa itu adalah sah setakat mana ia merujuk kepada 'mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalism dan pluralism agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam'.

Beliau berkata, ia juga sah kepada 'mana-mana individu berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralism agama perlu bertaubat dan kembali ke jalan Islam'.

Zainah Mahfoozah sebelum ini merayu penghakiman Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019 menolak semakan kehakiman mereka dengan memutuskan isu fatwa berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Responden dalam rayuan akhir itu ialah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor.

Tengku Maimun berkata, tafsiran peruntukan Perlembagaan itu seiring kedudukan hanya seorang manusia sebenar dapat melafazkan kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji, iaitu perkara yang menjadi rukun utama dalam Islam.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kumpulan peguam daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengadakan sidang media selepas keputusan mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kumpulan peguam daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengadakan sidang media selepas keputusan mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini. Gambar Berita Harian/NSTP oleh Aizuddin Saad

"Fokus kami hanyalah kepada batasan perundangan bidang kuasa, bukan kepada kesahihan pandangan agama," katanya.

Pada 14 Mac 2023, Mahkamah Rayuan menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor, yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

BH melaporkan, keputusan Mahkamah Rayuan ketika itu berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, yang memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa untuk mengeluarkan fatwa dalam isu agama yang belum dapat diselesaikan atau yang kontroversi.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan fatwa berkenaan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital