Hadirlah ke mahkamah sebagai Anwar Ibrahim, pesan bekas setiausaha politik

AKTIVITI MELIBAS BOLA TANGGUNG SUDAH BERMULA

Ezam Nor berkata Anwar Ibrahim tidak kisah dengan tuduhan nepotisme memandangkan beliau bakal berdepan kebimbangan lebih besar.
Beberapa hari yang lepas, pada Rabu, 28 Mei 2025, portal berita pro-pembangkang MalaysiaNow menyiarkan sebuah artikel hasil tulisan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri di era 90an, iaitu Encik Mohamad Ezam Mohd Noor.

Ezam memulakan cerita dengan mengatakan Malaysia dikejutkan pada 27 Mei, dengan berita permohonan imuniti oleh seorang perdana menteri.

"Lain dari yang lain" 

Permohonan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan tidak pernah dilakukan oleh kesemua perdana menteri sebelum ini, tambahnya. "Ianya jelas menggambarkan perdana menteri ke-10 ini benar-benar lain dari yang lain."

Ezam seterusnya berkata orang yang sama juga merupakan satu-satunya perdana menteri yang pernah dibicarakan atas kes jenayah liwat. 

"Ini juga luar biasa dan lain dari yang lain."

" Saya menggesa Anwar Ibrahim segera menarik balik permohonan imuniti ini. Sebagai presiden sebuah parti bernama Keadilan, apakah beliau belum cukup faham keadilan itu tempatnya di mahkamah?

Contohi Saidina Ali 

"Sebagai kerajaan Madani, apakah beliau lupa Saidina Ali mencari keadilan peristiwa baju besinya dicuri di mahkamah? Malah beliau mengingatkan hakim agar melayaninya sama dengan yang lawannya, seorang Yahudi!" Ezam memetik sejarah kisah Khalifah Arrashidin itu.

"Di mahkamah, Saidina Ali sendiri menegur hakim memanggilnya khalifah. Beliau hanya mahu dipanggil "Ali". Berbeza sama sekali dengan PM Malaysia yang menggunakan dan memperalatkan jawatan perdana menteri," katanya.

" Perdana menteri melalui peguam-peguamnya berhujah bahawa sebagai perdana menteri, perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai PM dan kestabilan negara. Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas PM dan hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar!

"Cukuplah mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya. Sejak 1998, kami rakyat biasa diheret untuk menanggung masalah peribadi kamu.

"Saya sendiri lalui dua hukuman penjara dan berbelas lokap. Ramai yang seperti saya, menanggung derita kerana kes peribadi seorang ketua seperti kamu.

"Hari ini, kamu menjadi ketua negara dan sanggup mengheret seluruh rakyat dan negara dengan menggunakan jawatan perdana menteri untuk lari dari proses keadilan.

"Kalau dulu kamu kata mahkamah tidak adil kerana kamu bukan PM dan kerajaan, sekarang kamu seorang PM, apa lagi alasan kamu?

"Seorang PM tidak mampu pastikan mahkamah berjalan secara adil? Itulah sebenarnya tugas kamu," tegas Ezam.

"Berilah jaminan kepada hakim sepertimana Saidina Ali beri jaminan kepada hakim yang membicarakannya untuk jalankan tugas secara adil walaupun dia seorang khalifah.

"Tarik balik permohonan imuniti dan hadirlah di mahkamah sebagai Anwar Ibrahim yang berdepan dengan Yusof Rawther atas sifat dan nilai yang sama sebagai manusia yang mencari keadilan di hadapan seorang hakim," Ezam mengakhiri tulisannya.

Seperti biasa, secepat kilat portal pro-pembangkang ini meletakkan satu klausa di penghujung artikel, iaitu: "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow."

Maka, bagi mengelakkan kekeliruan, kami juga ingin menegaskan dan nengklarifikasi bahawa: "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian Permadu Malaysia."

Dari satu sudut yang lain pula, kita perlu ingat bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jika emosi dijadikan asas dalam hujah kita, dengan mengumpul segala keburukan, maka buruklah ia kelihatan. Begitu juga sebaliknya.

Di sebalik kelemahan-kelemahan tertentu yang dihuraikan, jangan sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin yang pernah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang ini.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri