TMJ saran kelab-kelab bermasalah contohi Kuching FC, Selangor FC

Kelab-kelab bolasepak hadapi masalah kewangan disebabkan pengurusan diketuai mereka yang tidak berhemah, tidak berminat, tidak memahami 

Bahagian Sukan Astro Awani yang dikenali sebagai Astro Arena melaporkan semalam bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai berkata beliau bersetuju dengan pandangan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mengenai pengurusan pasukan mengikut kemampuan kewangan.

Khairy turut mengharapkan agar pengurusan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat mencari jalan penyelesaian dalam memberikan solusi kepada pasukan yang bergelut dengan isu itu.

"Semestinya saya setuju dengan pandangan TMJ yang mengatakan menguruskan pasukan itu mengikut kemampuan, kita perlu cari bagaimana bantuan boleh diberikan kepada pasukan tertentu supaya mereka ada keperluan asas untuk letakkan pasukan dalam liga.

"Saya harap pihak kepimpinan baru FAM bersama MFL boleh memikirkan sesuatu." katanya kepada wartawan Astro Arena.

Terdahulu, pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan pandangan agar pasukan bola sepak wajar ditadbir oleh individu yang 'minat dan faham' akan sesebuah pasukan itu sendiri.

Ini susulan masalah kestabilan kewangan dalam pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M), selain mencadangkan perbelanjaan secara berhemah seperti dilakukan pasukan Kuching City dan Selangor.

"Apa susah? Bayar gaji, dan jangan belanja lebih daripada kemampuan. Cari orang yang minat dan faham bola menguruskan kelab bolasepak. Belanja secara berhemah. Contohi Kuching FC dan Selangor FC," katanya menerusi laman X, semalam.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim