Anthony Loke Pemangku PM?
Ada yang membuat jangkaan terdapat kemungkinan Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke Siew Fook (gambar, atas) akan dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk bercuti.
Bagaimanapun, ini hanyalah satu andaian semata-mata dalam perbualan sembang petang di sebuah kedai kopi.
Andaian itu memberi alasan bahawa DAP merupakan parti komponen terbesar dan dominan dalam kerajaan perpaduan dalam konteks penguasaan jumlah kerusi Parlimen.
Berbagai spekulasi dan andaian timbul selepas seorang tokoh politik yang dilihat bebas dari cengkaman pendirian pemerintah mahupun pembangkang, dilaporkan menggesa Anwar agar berundur sementara Mahkamah Persekutuan meneliti kelayakannya untuk mendapat kekebalan eksekutif daripada tindakan saman sivil.
Tokoh yang lantang itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata langkah tersebut adalah wajar dalam usaha menegakkan keadilan dan memastikan proses kehakiman bebas daripada sebarang tekanan politik.
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di media sosial awal hari ini.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment