Kes rasuah Lim Guan Eng semakin mencemaskan DAP selaku juara anti rasuah

Yang rugi, kerajaan negeri Pulau Pinang, kajian projek belum siap, saya dah terima dua lot tanah, kata Datuk Zarul sebagai saksi.

Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini bahawa projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang diperoleh syarikatnya bukan satu kebetulan, lapor agensi berita rasmi negara, Bernama.

Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 66, berkata syarikat berkenaan mendapat kelebihan dalam memasuki tender kerana beliau sahaja yang menghadiri tiga mesyuarat pada 2011 berkaitan projek itu.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Encik Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Wan Shaharuddin: Akhirnya siapa yang dapat projek itu?

Zarul Ahmad: Saya.

Wan Shaharuddin: Mengambil kira semua itu, adakah ia satu kebetulan.

Zarul Ahmad: Tidak.

Wan Shaharuddin: Adakah Datuk Zarul rugi dalam projek itu?

Zarul Ahmad: Tidak.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata beliau tidak berdendam dengan Lim dan terhutang budi dengan Ahli Parlimen Bagan itu yang membantunya mendapatkan keuntungan.

Kepada soalan Wan Shaharuddin mengenai siapakah yang rugi, Zarul Ahmad menjawab: “Kajian mengenai projek tersebut belum siap, namun saya telah menerima dua lot tanah, boleh cakap kerajaan negeri (Pulau Pinang) yang rugi dan sehingga kini reka bentuk terperinci projek tersebut belum siap lagi”.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Lim turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Puan Azura Alwi bersambung 14 Mei ini.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital