Zaid Ibrahim hairan SPRM mudah sangat percaya cerita agen Pakistan tanpa usul periksa

Motif SPRM tangkap wartawan macam nak lindungi aktiviti rasuah dan agen Pakistan

Portal berita semakin lantang dan bebas, Malaysiakini, semalam menyiarkan berita mengenai bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim membangkitkan persoalan mengenai naratif SPRM menahan wartawan portal itu, Encik B Nantha Kumar.

Zaid menimbulkan persoalan mengapa wartawan berkenaan sanggup "menjual dirinya" hanya untuk mendapatkan wang RM20,000 bagi menggugurkan artikel-artikel yang mendedahkan jenayah melibatkan pegawai imigresen, selepas menghabiskan begitu banyak masa menyiasat kes tersebut.

Zaid merujuk kepada kerja-kerja terdahulu wartawan itu, termasuk memberikan nama-nama individu berprofil tinggi yang disyaki sebagai dalang sindiket visa perubatan dan pemalsuan di kaunter kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Memandangkan latar belakangnya yang diketahui umum dalam membuat tuduhan terhadap penglibatan haram pegawai tinggi kerajaan dalam pengambilan pekerja asing,

"Sukar untuk memahami mengapa naluri pertama SPRM bukan untuk melindunginya, sebaliknya menahannya dan bukan 'agen' Pakistan tersebut.

"Adakah mungkin Nantha sebenarnya sedang 'memancing' ejen itu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tetapi tidak pernah berniat untuk meminta wang?" katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Nantha ditahan lewat malam Jumaat lalu oleh SPRM.

Penahanan itu dibuat seminggu selepas portal lantang itu menerbitkan artikelnya yang mendedahkan bekas pegawai Jabatan Imigresen, yang kini bergelar “Datuk”, merupakan dalang utama kartel Pakistan yang bertanggungjawab menyeludup pekerja asing ke Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, menafikan penahanan itu berkaitan dengan artikel tersebut.

Sebaliknya, dia mendakwa Nantha meminta rasuah daripada seorang agen yang berurusan dengan pekerja asing sebagai balasan untuk tidak menerbitkan dua artikel mengenai ejen berkenaan.

Agen itu kemudian memaklumkan kepada SPRM, yang membawa kepada "operasi perangkap"di mana badan pencegah rasuah itu mendakwa Nantha ditahan ketika menerima suapan sebanyak RM20,000.

"Bagaimana Azam boleh mempercayai cerita agen itu dengan begitu cepat tapi perlu menahan Nantha selama empat hari untuk disoal siasat? Adakah ini cara profesional SPRM bekerja?" soal Zaid.

"Walaupun siasatan masih berjalan, Azam sudah boleh mengatakan bahawa Nantha meminta RM20,000 untuk menyembunyikan cerita itu," tambahnya.

Zaid berkata SPRM perlu diletakkan di bawah pemantauan dan tugas mereka perlu dinilai semula.

Terdahulu, Azam memberitahu akhbar Berita Harian bahawa SPRM tidak memilih bulu dalam siasatannya, selepas agensi itu menerima kritikan dan digesa memberi tumpuan kepada agen, pegawai kerajaan, dan ahli politik yang terlibat dalam rasuah.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, wakil kumpulan Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET), Encik Charles Hector, turut mempersoalkan apakah SPRM membuka siasatan terhadap jenayah yang didedahkan oleh Nantha dan Malaysiakini.

Dia juga menggesa agar Nantha dibebaskan.

"Dia sepatutnya boleh dibebaskan dan dipanggil apabila diperlukan untuk tujuan siasatan.

"Lagipun, Najib Abdul Razak dan yang lain tidak pernah ditahan di lokap untuk tujuan siasatan. Bebaskan Nantha serta-merta dan teruskan siasatan tanpa perlu menahannya," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?