Tommy Thomas kata mahu dakwa Zeti, Azalina pula kata tak cukup bukti

Media melaporkan semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai berkata keterangan yang ada tidak mencukupi untuk memfailkan pertuduhan terhadap bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung skandal 1MDB.

Menurut Malaysiakini, Azalina berkata ini adalah maklum balas yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara berdasarkan kenyataan yang direkodkan daripada keluarga Zeti oleh pasukan penyiasat yang menyiasat skandal 1MDB.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Encik Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanya sama ada Zeti akan didakwa atas kesilapannnya membiarkan wang 1MDB bernilai berbilion-bilion ringgit 1MDB dipindahkan ke luar negara atau tidak.

Zeti adalah gabenor Bank Negara dari 2000 hingga 2016.

Dianggarkan AS$4 bilion diselewengkan daripada 1MDB ke akaun di luar negara dari 2009 hingga 2014.

Ketika itu, suami Zeti - Datuk Seri Tawfiq Ayman - didakwa menerima dana berkaitan 1MDB melalui Iron Rhapsody Ltd - sebuah syarikat yang didakwa dimiliki oleh Tawfiq dan seorang daripada anak lelaki mereka.

Iron Rhapsody kemudiannya didakwa telah memindahkan dana berkaitan 1MDB kepada Cutting Edge Industries - yang juga dimiliki oleh Tawfiq dan anaknya, Abdul Aziz dan Aliff Ayman.

Adalah dilaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) pada 2015 dan 2016 telah berkongsi maklumat mengenai transaksi yang melibatkan Iron Rhapsody Ltd dengan Bank Negara - ketika Zeti masih menjadi gabenor.

AS$15.4 juta dalam dana berkaitan 1MDB telah dihantar semula daripada akaun syarikat yang dimiliki oleh Tawfiq dan anak-anaknya.

Tawfiq dan Zeti sama-sama menafikan sebarang salah laku dalam perkara itu.

Azalina, dalam jawapan bertulisnya, berkata Tawfiq masih dalam siasatan atas dakwaan pengubahan wang haram, manakala tiada kertas siasatan dibuka ke atas Zeti.

Bagaimanapun, dia berkata tiada limitasi dari segi masa bagi tindakan jenayah ke atas mana-mana pihak.

Sebelum ini, bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas pernah dipetik sebagai berkata dalam satu wawancara, beliau memang mahu mendakwa Zeti pada masa memegang jawatan itu, tetapi perlu menyelesaikan banyak kes-kes lain terlebih dahulu yang lebih berprofil tinggi melibatkan perdana menteri dan menteri.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?