Syahredzan, Young Syefura dua wajah baru berpotensi bakal PM selepas PRU16 sebelum November 2027

Kalau DAP mendominasi menang jumlah kerusi terbanyak dalam PH dan kerajaan perpaduan, jika orang Melayu ingin dikekalkan sebagai PM demi kestabilan sentimen kepercayaan orang Melayu, untuk apa DAP menyerahkan jawatan PM kepada PKR, UMNO dan sebagainya?

Dengan andaian Anwar Ibrahim akan bersara, DAP sudah ada dua pemimpin Melayu dalam kepimpinan tertinggi mereka.

Kalau orang Melayu takut Melayu DAP menjadi kuda tunggangan Cina, apa lebihnya PM-PM Malaysia yang ada selepas Tun Hussein Onn?

Nama-nama calon PM seperti Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Muhyiddin Yassin, Khaled Nordin, Fahmi Fadzil (diktator remaja), Rafizi Ramli (pakar formula serba tak menjadi), Nurul Izzah Anwar (bekas penggaul bubur lambuk menjelang pilihan raya di Permatang Pauh) dan sewaktu dengannya sudah basi. 

Ya, sudah basi... meminjam nada percakapan Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filem P Ramlee Tiga Abdul ketika mereka memarahi Ahmad Nisfu sebelum dijual.

Lewat malam tadi media melaporkan Ahli Parlimen Bangi Encik Syahredzan Johan sebagai berkata pemilihan dua pemimpin Melayu ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menunjukkan DAP mencapai kemajuan dari segi kepelbagaian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Syahredzan terpilih ke CEC bersama Ahli Parlimen Bentong Puan Young Syefura Othman, dengan masing-masing meraih 2,065 dan 1,943 undi daripada perwakilan.

Sidang CEC kemudian melantik Syahredzan sebagai salah seorang daripada empat naib pengerusi DAP, manakala Syefura menjadi penolong setiausaha publisiti.

“Orang mungkin kata DAP masih sebuah parti dengan majoriti ahli bukan Melayu, tetapi kita perlu ingat kita telah mencapai kejayaan besar,” FMT memetik Syahredzan sebagai berkata pada penutup konvensyen DAP.

“Tiga tahun lalu hanya Syefura yang berjaya masuk 30 teratas (dalam pemilihan CEC). Keputusan hari ini menggambarkan kepelbagaian dalam DAP dan juga menunjukkan ahli parti ‘buta warna’.

“Dua daripada enam calon Melayu berjaya menyertai pimpinan tertinggi, yang menunjukkan ahli DAP tidak mementingkan kaum seseorang, tetapi keupayaan dan sumbangan kepada parti.”

Syahredzan memberi penghormatan kepada veteran parti, Encik Lim Guan Eng, yang dilantik sebagai penasihat, kerana membuka laluan kepada DAP untuk menjadi lebih inklusif dan berbilang kaum.

Katanya lagi, beliau akan menggunakan jawatan naib pengerusi untuk mendekati pengundi Melayu, yang bukan penyokong tradisi DAP.

“Semasa Lim jadi setiausaha agung, beliau bersungguh-sungguh memulakan usaha untuk merekrut lebih ramai orang Melayu.

“Ini perlu diteruskan dan saya melihat peranan naib pengerusi bukan sahaja untuk mengukuhkan sokongan sedia ada tetapi juga meraih sokongan kelompok yang secara tradisinya bukan penyokong kami,” katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana