SPRM sahkan siasat Ismail Sabri sebelum masuk hospital, sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas

Media melaporkan SPRM menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dari premis yang dikaitkan dengan empat bekas pegawai kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan agensi itu turut merampas 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai hampir RM7 to a dari lokasi berkenaan.

"Susulan daripada siasatan lanjut terhadap keempat-empat individu berkenaan, SPRM telah menjalankan pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai "safehouse".

“Hasil operasi penggeledahan di lokasi-lokasi tersebut, SPRM telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa (Baht, Riyal, Pound Sterling (BP), Won, Euro, Swiss France dan Yuan),” katanya.

SPRM turut mengesahkan Ismail hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada 19 Februari lalu."

SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM berkata pihaknya telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Semalam, Malaysiakini memetik New Straits Times melaporkan Ismail disoal siasat berkaitan perbelanjaan kerajaan untuk kempen promosi 'Keluarga Malaysia' sepanjang tempoh 14 bulan dia menjadi perdana menteri ke-sembilan.

Menurut laporan itu, Ismail dijangka dipanggil semula untuk siasatan lanjut, dan maklumat awal telah membawa penyiasat mengenal pasti empat bekas pembantunya sebagai orang berkepentingan yang perlu disoal siasat.

Pada 23 Februari, sehari selepas Ismail Sabri dimasukkan ke hospital, dilaporkan empat pegawai yang dikaitkan dengannya direman.

Tiga daripada mereka ditahan selama lima hari bermula Jumaat, manakala individu keempat direman selama tiga hari dan dibebaskan pada 23 Februari.

Turut dilaporkan serbuan SPRM di kediaman salah seorang bekas kakitangan Ismail menemui lebih RM100 juta wang tunai dan barang berharga termasuk barang kemas yang disembunyikan dalam beg dan peti besi di beberapa bilik.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16A Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?