SPRM akan siksa, pukul, terajang pemberi maklumat skandal rasuah Sabah dalam lokap?
Video skandal rasuah: SPRM akan panggil pemberi maklumat hari ini
Pakai seluar dalam, baring atas air batu?
Apapun, Permadu menasihatkan orang ramai jangan mudah termakan atau terpercaya bulat-bulat sesuatu cerita yang belum pasti kesahihannya. Nilai dengan cermat dan berhemah.
Kalau ikut logik ini, teruklah pemberi maklumat kerana mendedahkan cerita buruk rakan politik dan dipercayai penyokong Anwar.
Dalam perkembangan terkini, Suruhanjaya SPRM dilaporkan akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini, bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.
Habislah kamu wahai pemberi maklumat. Kikiki.
Apapun, Permadu menasihatkan orang ramai jangan mudah termakan atau terpercaya bulat-bulat sesuatu cerita yang belum pasti kesahihannya. Nilai dengan cermat dan berhemah.
Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja. Dengarlah dari semua pihak yang berkenaan dan berlawanan. Selepas itu baharulah kita mendapat gambaran yang lebih jelas, seterusnya menilai.
Mengenai memanggil pemberi maklumat, Ketua Pesuruhjaya yang menggantikan tempat pendahulu Cik Latheefa Koya itu berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan tersebut, berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.
Beliau juga berkata tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau melindungi mana-mana pihak dalam kes itu.
“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya lapor Bernama, seperti dipetik FMT, pada sidang media di Kota Kinabalu.
Terdahulu, media melaporkan NGO Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan kepada SPRM video penuh mengenai skandal rasuah di Sabah.
Pengasas bersama LFL, Latheefa Koya, berkata video tersebut tidak diedit dan diperoleh terus daripada individu yang dikatakan ‘pemberi maklumat’, seperti dilapor Malaysiakini.
Barangan yang sepatutnya diserahkan LFL petang semalam adalah pemacu USB dan peranti asal yang digunakan untuk merakam video cerita rasuah itu.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment