Pengurup Wang pula ditahan berkaitan kes Ismail Sabri

Dilepas dari tahanan reman selepas mengadu sakit jantung

Bernama sebentar tadi melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi agensi berita rasmi negara itu, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

Beliau berkata suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat sebelum dilepaskan bagi menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Azam berkata proses merakam keterangan Ismail Sabri mungkin akan mengambil beberapa sesi lagi sebelum selesai.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangannya.

Petang semalam, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merakam keterangannya berlangsung selama lebih enam jam.

Sumber SPRM mengesahkan bahawa proses merakam keterangan Ismail Sabri akan disambung pagi ini.

Beliau disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri