Membenci Amerika tidak akan membawa kita ke mana-mana
Kempen merendahkan orang Amerika melalui lakonan Cikgu dan murid-murid
Sesiapa sahaja yang menjadi presiden Amerika Syarikat, orang itu akan cuba dijadikan bahan lawak.
Sebagai contoh video Joe Biden terjatuh disiarkan berulang kali.
Donald Trump pernah digambarkan sebagai seorang yang bodoh dan gila. Misalnya ada satu lawak rekaan kononnya Trump terjun dari kapal terbang untuk menyelamatkan diri. Malangnya, dia tersalah ambil, bukan payung terjun, tetapi beg sekolah.
Dari satu segi, Trump lebih baik dari Joe Biden, Barrack Obama, George W Bush senior dan junior, dalam konteks pencinta kedamaian. Kecuali Trump, nama-nama itu telah membunuh ramai orang Islam melalui perang antara proksi.
Dalam banyak keadaan, Trump sering dilihat mengelak peperangan dan ini tidak disukai syarikat pembekal senjata.
Dalam sebuah drama pendek, satu lawak ditunjukkan menerusi dialog antara seorang Cikgu perempuan dan seorang murid lelaki yang masih kecil.
Cerita yang tidak pasti benar atau rekaan ini dipercayai cuba digambarkan berlaku di sebuah sekolah di Amerika Syarikat.
Ketika Cikgu dengan bangga sebagai orang Amerika, bertanya murid-murid siapa antara kamu orang Amerika, maka semua murid mengangkat tangan, kecuali seorang budak lelaki.
Cikgu : Kenapa kamu tidak mengangkat tangan?
Budak lelaki : Sebab saya bukan orang Amerika. Ayah saya orang Kanada. Emak saya pun orang Kanada. Jadi saya orang Kanada.
Cikgu : (Kurang puas hati dengan jawapan) Ohh kalau ayah kamu orang bodoh, emak kamu orang bodoh, kamu pun orang bodoh?
Budak lelaki ; Tidak. Kalau ibu ayah saya orang bodoh, saya orang Amerika.
Cikgu : (Bengang)
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment