Kepada DJ ERA — Jika tak boleh jadi agen perpaduan, jadilah agen Pakistan di KLIA
Boleh buat lagi... Selepas mentertawa agama lain, dapat makan bersama PM
![]() |
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyampai radio ERA ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. Gambar Bernama |
Jadi agen perpaduan, fokus kepada Ramadan. Seperti dilapor Astro Awani, pada 11 Mac 2025, itulah mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.
Nabil berkata, ketiga-tiga mereka amat berbesar hati dengan nasihat dan harapan yang disampaikan Perdana Menteri itu, dan bertekad untuk merealisasikan harapan tersebut.
“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.
“Kedua, beliau juga minta kami untuk sampaikan mesej perpaduan, perbanyakkan mesej, kita hidup dalam negara harmoni, pelbagai kaum, majmuk.
“Jadi selalu dalam percakapan, perbuatan itu pasti kena perbanyakkan mesej perpaduan, itu yang beliau cakap kepada kami,” katanya kepada Astro AWANI di Majlis Berbuka Perdana Menteri bersama Media di Kuala Lumpur, pada Selasa 11 Mac.
Terdahulu Perdana Menteri yang tiba di Angkasapuri Kuala Lumpur, untuk menyerikan majlis berkenaan, dilihat meluangkan masa di meja ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan berbual mesra, sambil memberi kata-kata semangat.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran kira-kira 500 pengamal media daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.
Terdahulu Perdana Menteri yang tiba di Angkasapuri Kuala Lumpur, untuk menyerikan majlis berkenaan, dilihat meluangkan masa di meja ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan berbual mesra, sambil memberi kata-kata semangat.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran kira-kira 500 pengamal media daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment