Episod terbaru drama Datuk Nora semakin suspens


Isteri pertama suami Nora menegaskan "tak pernah paksa ceraikan madu, itu keputusan suami sendiri"

Ini ada sedikit berita hiburan, mungkin dapat memberi pengajaran sewajarnya kepada para pembaca

Sebuah drama berunsur filem Tamil klasik yang penuh dengan liku-liku dan selit-belit

Drama ini dijangka bersiri dan bersambung..

Lama berdiam diri, akhirnya madu kepada penyanyi Datuk Nora iaitu Puan Rose Aliza Sutrisno tampil menjelaskan situasi sebenar selepas namanya dan keluarga dikaitkan dengan dakwaan dia serta anak memaksa suaminya menceraikan penyanyi tersebut.

Demikian menurut laporan akhbar popular Kosmo! kelmarin, Rabu 19 Mac 2025.

Menerusi satu kenyataan panjang lebar dalam Facebook, Rose mendedahkan bahawa keputusan perceraian itu dibuat atas pertimbangan suaminya Encik Rushdi Ramli sendiri, bukan atas desakan sesiapa termasuk mereka.

“Selama ini, saya memilih untuk berdiam diri ketika diri saya diperkatakan secara salah di media sosial kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

“Apabila keluar kenyataan saya dan anak (Alia) memaksa suami menceraikan madu, saya dengan berat hati tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Tulisan-tulisan saya yang dimuat naik oleh madu saya (sebelum ini) sebenarnya adalah luahan saya ketika berdepan satu situasi yang amat tidak saya duga – iaitu saat saya mengetahui suami saya telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan saya.

“Saya atau anak saya, Alia tidak pernah memaksa suami saya menceraikan madu saya. Keputusan yang dibuat ketika itu adalah atas pertimbangan dan kehendak suami sendiri setelah melalui apa yang berlaku,” coretnya.

Jelas Rose lagi yang bekerjaya sebagai seorang pengetua sekolah, terdapat seorang individu yang rapat dengan suaminya, (individu itu kini sudah meninggal dunia), merayu agar suaminya menceraikan isteri kedua atas sebab-sebab tertentu.

“Suami akhirnya akur dengan permintaan individu itu dan melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya, termasuk arwah Alif.

“Lafaz itu juga dirakam atas permintaan individu itu. Kejadian berlaku pada tahun 2019. Malangnya, video yang sepatutnya disimpan dimuat naik pada 12 Ogos 2024,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rose turut menafikan dakwaan kononnya wujud panggilan telefon daripadanya atau sesiapa selepas solat Subuh yang memaksa suaminya menceraikan isteri kedua, seperti yang tersebar dalam media sosial.

Anaknya iaitu Alia juga tidak pernah terbabit dalam proses atau sebarang tindakan perceraian itu.

Menurutnya, tulisan anaknya kepada madu pada tahun 2020 memang agak keterlaluan, namun ditulis dalam keadaan emosi seorang anak yang kecewa kerana ayahnya berkahwin lagi tanpa pengetahuan keluarga.

“Alia menyedari kesilapannya dan memohon maaf secara peribadi kepada madu saya pada September 2020.

“Namun, tulisan yang sudah lama dipadam itu dikitar semula oleh madu saya (Nora) pada tahun 2025 dan dibiarkan menjadi bahan spekulasi, mencetuskan persepsi buruk seolah-olah anak saya seorang yang tidak beradab,” tulisnya.

Hari ini, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, memuat naik hantaran gambar papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan kenyataan mengenai permohonan cerai kepada suaminya, Rushdi Ramli bukan atas kehendak hatinya sendiri.

Dalam hantaran terbaharu Instagram, Nora berkata, keputusan itu dibuat bagi menunaikan hajat isteri pertama suaminya serta desakan daripada anak mereka.  

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana