Di Jepun orang begini bunuh diri, di China kena tembak mati, di Malaysia pakai kopiah pergi masjid

Adaptasi (bukan tulisan asal) dari artikel hasil tulisan Tuan Syed Akbar Ali, diterbitkan blog beliau OutSyed The Box, siaran semalam, Selasa 4 Mac 2025.

Kedah lahirkan 2 PM - Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Dr Mahathir Mohamad

Johor lahirkan 2 PM - Tun Hussein Onn dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pulau Pinang lahirkan 2 PM - Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pahang lahirkan 3 PM - Satu dalam penjara dan satu lagi nampak macam kantoi !

MALU APA BOSSKU 2.0 - PARTI YANG MALUKAN BANGSA MELAYU, MALUKAN ORANG ISLAM

Rupanya Kluster Mahkamah sedang berkembang. Apakah 'recruit' baru akan pakai baju warna oren atau akan dibenarkan pakai baju kot dan tali leher bila masuk mahkamah?

Dulu bila ex-perdana menteri parti mereka curi duit rakyat berbillion Ringgit mereka kata 'Malu apa Bossku?'

Sekarang seorang lagi ex-perdana menteri parti mereka juga disyakki terlibat rasuah beratus juta Ringgit.  Patut mereka buat slogan baru 'Malu apa Bossku 2.0'.

Kalau di negara Jepun, kesemua pimpinan parti mereka akan membunuh diri seppuku dan hara kiri untuk tebus maruah parti mereka.  

Tetapi malangnya 'malu' dan 'maruah' itu tidak pernah diajar di bangku sekolah ataupun oleh kaum lebai. Malu dan maruah itu memang satu komoditi yang yilek atau tidak termasuk dalam worldview mereka. 

Amanah rakyat yang mereka konon-nya berebut-rebut untuk memikulnya sebenarnya dipijak-pijak dan diludahkan oleh mereka juga. Mereka merebut amanah rakyat untuk menipu dan mencuri dana awam. Menurut seorang kenalan saya wanita muda yang terlibat yang sekarang sudah lari ke London itu mempunyai 'her best asset is her mouth'. Sebab itulah kawan tu boleh koma terus di hospital.

Pelbagai teori konspirasi pun muncul kenapa mereka boleh tiba-tiba simpan begitu banyak wang tunai dan ketulan emas di rumah 'safehouse' ke apa.  Konspirasi ke tak konspirasi ke duit yang beratus juta Ringgit itu mana mari? Konspirasi ke bukan konspirasi ke duit itu duit curi juga. Duit yang bukan halal.  Kalau ikut ISIS dia kerat tangan saja. Di negeri China lagi mudah - mereka tembak mati orang yang curi dana awam.

Duit beratus juta (dulu berbillion Ringgit)  yang mereka curi adalah dana awam. Duit itu boleh dibelanjakan untuk membuat jalan, pasang paip air, membina sekolah, universiti, dana biasiswa, hospital, tambah bekalan ubat di hospital, beli mesin dialysis, respirator dan alat pembedahan, membuka kawasan pertanian baru, kawasan industri baru dan macam-macam lagi. Duit itu boleh multiply dan beranak melahirkan pelbagai kemajuan, pembangunan, kebajikan masyarakat dan kegiatan ekonomi dalam negara kita. 

Tetapi semua duit berbillion dan beratus juta itu di curi oleh ex-perdana menteri dan konco-konco mereka dan disimpan dalam bilik dan peti besi mereka. 

Mereka beli berpuluh biji jam tangan mewah (sebiji saja beratus ribu ringgit), jongkong emas berkilo-kilo, jewellery mahal gila - semuanya dengan dana awam yang di curi.

Lepas itu mereka boleh pakai songkok dan ketayap dan pergi sembahyang di masjid. Mereka boleh naik haji di Mekah, bergambar tadah tangan depan Kaabah dan pelbagai lakonan lagi. 

Malang sekali penyokong yang dhaif masih boleh jilat. Itulah kelebihan mereka yang sebenarnya - mereka pandai mengenal dan merapatkan diri dengan kaum yang dhaif. Lebih susah bagi mereka 'makan' orang yang intelligent dan berakal sikit. Sedih sekali masyarakat kita masih mempunyai ramai orang yang dhaif. Orang yang tidak boleh fikir atau bezakan yang betul daripada yang salah. 

Pencuri Dato Seri ada, pencuri Tan Sri pun ramai. Pencuri jadi hero.

Lepas itu mereka sensitif bila orang lain meludah mereka.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?