Tidak seperti Syed Mokhtar, tiga syarikat dilantik ini perlu cari dana sendiri

Syed Mokhtar Al Bukhary menikmati monopoli selama 30 tahun, diberi kontrak, lesen dan dana, ini tidak termasuk monopoli lain seperti beras

Media melaporkan Menteri Pengangkutan Encik Anthony Loke Siew Fook menafikan pihaknya memberikan kelulusan kepada syarikat kroni dalam melaksanakan perkhidmatan pusat pemeriksaan kenderaan motor (PPKM).

Kerajaan PN beri kontrak kepada kroni senyap-senyap

"Kalau saya beri pada kroni takkan saya bodoh untuk umumkan syarikat ini secara terbuka. Kalau kerajaan Perikatan Nasional dulu, (ketika) mereka lantik syarikat, dia tak jawab pun kecuali ditanya di Parlimen.

"Tapi sekarang ini kita secara telus buat pengumuman walaupun tanpa ditanya.

"Mereka pohon dan kita buat penilaian oleh jawatankuasa teknikal dibawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya dalam video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok, semalam, seperti dipetik Berita Harian.

Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini meluluskan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan PPKM. Sebelum ini ia dilaksanakan secara monopoli oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Loke dilaporkan berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kepada syarikat-syarikat lain yang berkelayakan.

Mengulas lanjut, Loke memaklumkan tiga syarikat yang diluluskan itu tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan untuk menjalankan PPKM.

"Kerajaan tak membayar apa-apa pun kepada syarikat ini dan ramai yang keliru terutamanya ahli politik pembangkang.

"Kontrak ialah apabila kerajaan membeli sesuatu tetapi dalam kes ini, ianya bukan kontrak tapi kita hanya memberikan lesen.

"Pelesenan ini macam lesen memandu. Sesiapa yang lulus ujian, dia akan dapat lesen. Sama juga dengan syarikat ini, kita berikan kelulusan bersyarat selama 24 bulan.

Siapkan kemudahan baru dapat lesen

"Maksudnya dalam tempoh 24 bulan, syarikat ini mesti siapkan kemudahan itu dan barulah lesen boleh dikeluarkan kepada mereka," katanya.

Menjawab dakwaan mengapa kementeriannya memberikan kelulusan itu kepada syarikat yang tidak berpengalaman, Loke berkata sebelum ini memang tiada syarikat lain yang dibenarkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan.

"Tiada syarikat berpengalaman sebab sebelum ini memang tak ada pun syarikat yang dibenarkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan selain PUSPAKOM.

"Pada tahun lalu, konsesi PUSPAKOM yang berlanjutan selama 30 tahun sudah pun tamat.

"Kita mempunyai pilihan, kalau sambung konsesi untuk PUSPAKOM, maksudnya orang ramai tiada pilihan. Tetapi kerajaan membuka pasaran ini (kepada syarikat lain)," katanya.

Loke juga menjawab pertanyaan mengapa terdapat syarikat yang mendapat kelulusan lebih daripada satu kawasan.

"Syarikat itu mendapat tiga lokasi kerana kawasan pertama yang diluluskan itu mempunyai ramai penduduk iaitu di Pelabuhan Klang.

"Dua kawasan lagi ialah di Mersing dan Gua Musang. Syarat yang MOT kenakan ialah apabila mereka dapat satu kawasan yang banyak perniagaan (keuntungan), maka kena buka juga cawangan di kawasan kurang penduduk yang berkemungkinan merugikan.

"Dengan cara ini, kita mampu membawa perkhidmatan kepada penduduk luar bandar," katanya.

Dalam pada itu, Loke turut menafikan dakwaan beliau cuba memecahkan monopoli PUSPAKOM kerana ia milik Bumiputera.

"Kita tidak melihat kepada soal kaum. Syarikat yang dapat lesen ini pun syarikat Bumiputera. Jadi dasar kerajaan ialah supaya menggalakkan persaingan.

"Mengapa kita berada dalam tampuk yang lama. Mengapa tak diberikan peluang kepada Bumiputera yang lain.

"Kita kesal, bahawa apa sahaja isu yang nak dimainkan, mesti nak kaitkan dengan isu perkauman.

Kita cuma mahu berikan kebaikan untuk negara, kebaikan untuk rakyat," katanya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments