Pemimpin Islam dalam PH sendiri tak boleh terima kandungan buku Hannah Yeoh
Tiada seorang Muslim akan berkongsi pandangan seperti yang dinyatakan Puan Hannah Yeoh dalam buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey', Sinar Harian merumuskan pendirian seorang pemimpin beragama Islam di dalam gabungan Pakatan Harapan sendiri.
Menurut laporan akhbar itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Khalid Abdul Samad berkata demikian ketika disoal balas peguam Puan Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah, pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadap Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff selaku defendan, berhubung dua catatan Facebook mengenai buku tersebut pada Mei 2017.
Sangeet: Adakah ia menjadi hak pembaca sama ada orang Islam atau apa-apa agama untuk baca, teruskan baca, habis baca atau tutup buku?
Khalid: Ya, hak-hak masing-masing. Saya pun tutup buku lepas saya ingat baca dalam empat ataupun lima bahagian.
"Saya baca sebahagian (buku), tetapi saya dapati ia sangat tidak menarik kerana ianya ditulis atas satu paradigma yang berbeza.
"Saya rasa orang Islam kalau baca, dia akan dapati bahawa pandangan yang dikemukakan dalam buku itu sangat tidak menarik.
"Itu kepercayaan dia (Hannah) bahawa dia menganggap Tuhan telah letakkan dia dalam arena politik. Orang Islam tidak akan berfikiran begitu kerana orang Islam akan kata kita ada pilihan.
Khalid turut bersetuju bahawa orang Islam tidak akan berfikiran seperti Hannah yang menganggap bahawa Tuhan telah letakkan dia dalam arena politik kerana orang Islam ada pilihan.
Malah dalam Islam beliau berkata, individu bertanggungjawab terhadap keputusan dibuat dan tidak boleh menyandarkan sepenuhnya pilihan tersebut kepada ketentuan Tuhan.
Menurutnya, pandangan Hannah dalam bukunya yang mengaitkan setiap keputusan, kehendak atau arahan Tuhan adalah bercanggah dengan prinsip Islam yang menekankan tanggungjawab individu.
Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan keputusan pada 30 Mei depan dan kedua-dua pihak perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 21 April.
Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah berkata, Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.
Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah Becoming Hannah: A Personal Journey bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment