Mempersembahkan sebuah drama Tamil penyanyi Datuk Nora
Dakwa difitnah anak tiri, Nora bakal bercerai kali kedua
Penyanyi Datuk Nora Ariffin membuat kejutan apabila secara terbuka mengakui bakal menuntut cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli, demikian menurut laporan akhbar Bahasa Melayu tertua di negara ini, hari ini.
Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram Story (IGs) malam tadi, akhbar itu, iaitu Berita Harian memetik Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52 mendakwa permintaan itu sebagai tanda akur dengan permintaan anak tirinya yang sudah lama mengharapkannya dan suami berpisah.
Penyanyi Renungan Terakhir itu turut mengharapkan keputusan itu dapat menghentikan segala kata-kata nista dan fitnah dilemparkan terhadapnya dalam media sosial.
"Saya mohon maaf menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah didesak untuk ceraikan saya, Ustaz kembali rujuk kepada saya.
"Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali. Saya akan penuhi permintaan Aya dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.
"Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci dan memburukkan nama saya dalam media sosial," luahnya.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan dan demi memuaskan hati anak tirinya itu, penyanyi Renungan Terakhir itu memberitahu, dia sudah memadam foto bersama suami dalam IG.
"Saya minta maaf memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah memadam semua gambar kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.
Dengan nada merajuk, Nora berkata isteri pertama tak pernah salah, sentiasa betul dan mulia😅
"Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah," tulis Nora.
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit yang didakwa memfitnahnya dalam media sosial.
"Sejak 2019, saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan pada saya dalam media sosial.
"But now, damage has been done. Biar undang-undang menentukan," katanya lagi.
Digelar wanita sundal
Kontroversi membabitkan Nora dan anak tirinya yang dikenali sebagai Aya Shahirah Rushdi tercetus selepas penyanyi itu mendedahkannya digelar wanita sundal dan kata-kata tidak baik oleh wanita itu.
Namun, Aya tampil menafikan dakwaan dan akan mendedahkan segala bukti perbualan menunjukkan Nora juga pernah memaki hamun keluarganya
.Pada 12 Ogos tahun lalu, Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Berita Harian kemudiannya melaporkan Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik bekas suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment