Keakraban UMNO-DAP makin menyerlah bila Akmal-Guan Eng "bergabung" anti-perkauman

UMNO dan DAP kutuk penjual jagung letak notis tak jual kepada "keling

Media melaporkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Dr Akmal Saleh sebagai berkata tindakan menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Dr Akmal Saleh.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, dia yang juga adalah Adun Merlimau berkata,  tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan dengan hanya berakhir dengan memohon maaf sahaja.

“Tidak kira siapa pelakunya,tindakan undang-undang perlu dikenakan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang lain.

“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu lepas tu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas!” katanya, seperti dipetik Malaysiakini hari ini.

Pengerusi DAP kebangsaan Encik Lim Guan Eng pula menggesa undang-undang mengenai gelagat perkauman di tambah baik supaya penjahat berkaitan menerima hukuman setimpal dari perbuatan jelek mereka.

Hujung minggu lalu, satu rakaman video tular di media sosial selepas seorang penjaja tepi jalan didapati meletakkan notis berunsur perkauman di atas meja yang digunakan untuk menjual jagung bakar.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang dengan  penjaja terbabit meletakkan notis berbunyi:

"Sorry, ini jagung tiada jual sama orang keling."

Perkataan keling merupakan istilah menghina yang digunakan terhadap masyarakat India.

Video itu mengundang rasa berang pelbagai pihak yang mahu tindakan segera diambil.

Sementara itu dalam satu rakaman video yang disiarkan oleh Astro Awani penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman itu tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.

“Saya sebagai peniaga kecil akui poster itu menyinggung perasaan, perkataan tidak elok. Saya mengaku bersalah dan saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali kepada kaum India.

“Saya minta kerjasama kepada pembeli untuk sokong peniaga, benda ini berlaku tanpa niat, saya tidak sangka jadi begini, ini tanpa kesedaran dan perbuatan saya ini memang salah, sekali lagi saya mohon orang India, Cina, Melayu, maafkan saya,” katanya.

Permohonan maaf itu dibuat pada malam semalam di Sepang melalui pertemuan diatur pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjadi pengantara dalam menyelesaikan polemik ini agar perpaduan negara kekal harmoni.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!