Cukuplah berbohong, pesan Dr Mahathir kepada Anwar
𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚
1. Anwar nafi dia sekat pemimpin luar yang nak jumpa saya.
2. Dia boleh nafi tapi saya nasihat sudah-sudahlah berbohong.
3. Tak cukup lagikah rata-rata orang dah label dia sebagai orang yang “setiap kali buka mulut mesti bohong”
.4. Kemudian dia ulang lagi pasal anak saya mempunyai harta RM1.2 bilion.
5. Ini dia asaskan kepada kenyataan SPRM Azam Baki. Tapi dia tak cerita habis yang Azam Baki kata tu adalah harta yang dijumlahkan sejak 43 tahun yang lalu.
6. Sedangkan Azam Baki juga yang menyata harta sebenar yang termasuk saham-saham serta harta boleh lupus adalah sekitar RM450 juta.
7. Selain itu, SPRM juga tidak tunjuk sebarang bukti saya telah kayakan anak saya menerusi jawatan saya. Dan seperti selalu saya terangkan, saya suruh anak-anak saya berniaga di luar negara. Perniagaan mereka dalam negara hanya setelah saya berhenti dari jadi Perdana Menteri.
8. Tetapi demi untuk meneruskan pembohongannya bahawa ada bukti berkotak-kotak tentang saya salah-guna kuasa untuk kayakan ahli keluarga saya, dia terpaksalah teruskan dengan cerita berbilion-bilion ini.
9. Hakikatnya, saya telah saman dia dan sudah lebih dua tahun sampai sekarang tak ada satu kotak pun yang dia buktikan.
10. Cuma saya nak ingatkan dia satu perkara. Masa dia Menteri Kewangan, adik-beradik dan ahli keluarganya terima saham, kontrak dan lain-lain pemberian Kerajaan. Jika ada yang tak percaya, ini semua telah dilapor oleh media dan senarai telah dipamer di Dewan PWTC ketika itu.
11. Yang jelas ialah apabila dia buka mulut dia bohong.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Dipetik daripada Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia (dua kali), hantaran bertarikh 22 Februari 2025.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment