Apa nak jadi dengan Sekolah Kebangsaan bila orang Melayu sendiri dah tak yakin dan pandang rendah

Guru Kelas Tahun Satu, Saw Shen Yuan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Kong Aik, pada sesi pembelajaran ketika tinjauan hari pertama persekolahan sesi 2025-2026.
GAMBAR HARIAN METRO OLEH LUQMAN HAKIM ZUBIR

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (SJKC) Kong Aik, Mata Ayer, di Atau, Perlis, merekodkan tiada kemasukan murid berbangsa Cina pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2025/2026, semalam.

Sebaliknya, sekolah itu yang sudah beroperasi sejak 1939 menyaksikan 23 murid melapor tahun satu yang terdiri daripada bangsa Melayu dan Siam.

Menurut Harian Metro, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Ariffin berkata, lokaliti sekolah yang berada di kawasan penempatan majoriti Melayu dilihat antara punca ibu bapa daripada bangsa bukan Cina lebih senang menghantar anak mereka ke sekolah itu.

"Faktor lokaliti memainkan peranan dalam hal ini kerana di sekeliling sekolah terutama Pekan Mata Ayer adalah kawasan majoriti bangsa Melayu serta murid Cina dilihat lebih banyak ke sekolah kebangsaan (SK).

"Ibu bapa dan penjaga murid Melayu, Siam dan India pula lebih senang ke sekolah itu disebabkan jarak dekat dengan rumah serta mengambil peluang untuk anak mempelajari Bahasa Mandarin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tinjauan sesi pembukaan hari pertama persekolahan 2025/2026 di SJKC Kong Aik, Mata Ayer dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelempok, di sini.

Rose Aza berkata, pihaknya tidak menghalang ibu bapa atau penjaga murid bangsa lain untuk terus menghantar anak mereka ke sekolah aliran Cina.

"Tidak banyak sebenarnya SJKC dan SJK Tamil di negeri ini... hanya ada 10 SJKC dan sebuah sahaja SJK Tamil iaitu di Kangar.

"Manakala ada juga (keluarga bukan Melayu) yang lebih memilih untuk bersekolah di SK disebabkan dekat dengan kediaman yang memudahkan mereka untuk menghantar dan menjemput anak," katanya.

Bagi Guru Besar SJKC Kong Aik, Leong Yong Siang pula, kemasukan murid berbangsa Cina di sekolahnya semakin menurun setiap tahun, sebaliknya murid berbangsa Melayu, Siam dan India pula lebih banyak mendaftar masuk ke sekolah itu.

"Pada tahun 2023, terdapat lima murid Cina mendaftar tahun satu, namun jumlah menurun kepada hanya tiga murid sahaja tahun lalu dan tahun ini tiada seorang pun mendaftar," katanya.

SJKC Kong Aik mempunyai 190 murid dan 17 orang tenaga pengajar berlainan bangsa dan daripada jumlah itu, murid Melayu dan Siam mendominasi populasi murid dengan 93 murid Melayu dan 69 murid Siam.

Hanya 19 murid berbangsa Cina di sekolah terbabit, diikuti lima murid India dan empat orang lain-lain bangsa.

Di Perlis, seramai 46,944 pelajar sekolah menengah dan rendah mendaftar kemasukan hari ini, membabitkan 30 sekolah menengah (19,962 pelajar) dan 74 sekolah rendah (26,982 murid).



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments