Anwar usik Syed Saddiq, kedengaran nama Bella Astillah disebut di Parlimen
Pasangan paling romantis
"Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ini pakai baju apa?"
Demikian media melaporkan usikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Muar Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang Dewan Rakyat, semalam, Selasa 25 Februari 2025.
Usikan tersebut kemudiannya disambut dengan gelak tawa ahli-ahli Parlimen lain yang terhibur selain kedengaran nama pelakon, Bella Astillah disebut.
"Saya gurau-gurau sahaja," tambah Anwar selepas itu.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Syed Saddiq pada sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) bertanya mengenai langkah proaktif kerajaan menangani banjir pada musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan sering banjir.
Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri tumpuan ramai selepas mengadakan sesi siaran langsung di TikTok sambil memasak.
Siaran langsung lebih dari satu jam itu berjaya menarik kira-kira satu juta tontonan dan menerima lebih 13 juta tanda suka.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment