Akmal perli Nazri kuat membodek, mungkin dapat jadi duta ke Myanmar pula
"Kami Pemuda (UMNO) bukan penjilat mencari makan. Kami ada tanggungjawab untuk menjaga agama bangsa daripada sibuk menjilat untuk kepentingan diri.
"Jika kamu nak menjilat, silakan. Jangan samakan kamu dengan kami.
"Mana tahu lepas ini boleh dapat jadi duta ke Myanmar pula," perli Akmal.
Nazri sebelum ini pernah dilantik sebagai timbalan ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993 dan memangku jawatan ketua sayap parti itu dari 1994 hingga 1996.
Terdahulu, portal berita lantang Malaysiakini melaporkan Nazri berhasrat memberi tumpuan untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kembali dari Amerika Syarikat, serta memastikan presiden PKR itu kekal menerajui Putrajaya selepas PRU16.
Ketika ditanya jika kebimbangannya mengenai ketiadaan calon pengganti Anwar turut merangkumi UMNO, Nazri membalas dengan sinis: “(Boleh) kamu beritahu saya siapa? Akmal? Kamu beritahu saya siapa."
Nazri turut menyindir Akmal dengan mengatakan Adun Merlimau itu hanya mewakili "satu perempat" daripada empat sayap UMNO, justeru pandangannya mengenai pelbagai isu tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti.
Sementara itu, Akmal menyoal jika Nazri sendiri mewakili majoriti orang Melayu.
"Saya nak tanya juga, adakah kamu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu?
“Mungkin kamu dah lupa, yang kamu bukan berada di Amerika lagi sebab kontrak tidak disambung lagi," katanya.
Awal bulan ini, Nazri kembali ke Malaysia dan menafikan dakwaan bahawa beliau telah "dipanggil balik" sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.
Nazri menjelaskan sebagai duta yang dilantik secara politik, dia telah menandatangani kontrak dua tahun dengan Kementerian Luar Negeri.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment