Suami mengigau sebut nama "girlfriend", isteri buka kertas siasatan – ala SPRM
Begitulah mesej tular di Facebook yang memaparkan seorang isteri memulakan ‘soal siasat’ terhadap suaminya setelah mendengar nama misteri disebut suaminya ketika tidur.
“Semalam abang mengigau. Dalam mimpi duk sebut Jijah, Jijah, Jijah. Boleh Sue tahu Jijah tu siapa?” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut laporan Kosmo! kelmarin, Jumaat 24 Januari 2025, perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang tidak melepaskan peluang untuk memberi komen lucu.
“Jangan main-main dengan bini, bang oi! Dia buat tidur ja sebelah tu, habislah kau,” usik Aryan Ijoy.
“Abang, katanya tengah jampi, jah jah jah. Bukan Jijah,” seloroh Naeeem.
“Siasatan kaum isteri tak pernah ada kesudahan. Makan bertahun-tahun pun ada yang tak selesai,” kata Asyrik.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
-KOSMO! ONLINE
Aa
Aaaaaaa
Comments
Post a Comment