Senyuman seorang pembayar saman RM830,034.75 sahaja

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada tiga pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Encik Lim Guan Eng dan Puan Teresa Kok.

Video NST bertarikh  23 Januari 2025.

Pembayaran ganti rugi itu dibuat melalui penyerahan cek kepada peguam tiga pemimpin itu, Datuk Sankara Nair kelmarin.

Sankara mengesahkan bahawa firma guamannya telah menerima cek berjumlah RM830,034.75, termasuk faedah sehingga Khamis daripada Siti Mastura.

Ahli Parlimen PAS itu telah mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membayar ganti rugi keseluruhan dan kos guaman berjumlah RM825,000 termasuk faedah kepada ketiga-tiga plaintif dengan menyerahkan cek kepada Sankara Nair, sementara menunggu rayuan kes.

"Dengan persetujuan ini direkodkan, kami akan mengeluarkan surat ikatan kepada defendan untuk tindakan lanjut dan menunggu perbicaraan Mahkamah Rayuan,” katanya menerusi aplikasi Zoom Meeting yang diadakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, yang turut dihadiri peguam Siti Mastura, Encik Yusfarizal Yusoff.

Peguam bagi kedua-dua pihak mencapai persetujuan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon, pada pagi kelmarin, Rabu 22 Januari 2025.

Yusfarizal berkata, beliau telah meminta agar kes ini dipanggil di dalam kamar kerana kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai pengaturan kes terbabit.

“Siti Mastura telah membuat pembayaran kepada firma guaman Sankara Nair dan jumlah tersebut dibayar ke dalam akaun firma dengan syarat wang itu disimpan dalam akaun peguam sehingga selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Pengaturan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak manakala pendengaran rayuan dijangka akan berlangsung di Mahkamah Rayuan pada 13 Mac ini. Kes ini kini berada di peringkat pengurusan kes," katanya.

Sebelum itu, Siti Mastura yang didapati telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap tiga pemimpin DAP itu dan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sebelum ini, tiga pemimpin DAP menyaman Siti Mastura berhubung ucapannya dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP, Encik Lim Guan Eng, bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif pada 27 November tahun lalu.

Menerusi penyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya mendiang Chin Peng serta mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November 2023, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Bagaimanapun, dalam pembelaannya yang difailkan pada Januari lalu, Siti Mastura telah mempertahankan kenyataannya itu bahawa ia dibuat berdasarkan kebenaran dan fakta.

Siti Mastura berkata, dakwaannya itu dibuat berdasarkan buku panduan 'BN Comms' yang membuat penyelidikan mendalam, diterbitkan Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?