Polis sahkan anak menteri kahwin di Thailand kerana cinta terhalang

Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah, selepas mereka berkahwin di negara jiran September lalu, demikian menurut laporan media hari ini.

Video tular di media sosial

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata sijil nikah itu setelah disemak adalah sah dari negara jiran, di mana hasil siasatan mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan.

Beliau berkata, pasangan itu sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu dan rakannya sendiri tidak mengetahuinya.

"Apabila jadi isu macam ini, kawan-kawan mereka pun tidak tahu...jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati.

"Kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di mana masih menunggu arahan selanjutnya," Berita Harian memetik Razarudin sebagai berkata kepada media selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman, Pulapol, di Kuala Lumpur, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial.

Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, juga dilapor berkata, anaknya tidak mengatasi undang-undang dan sekiranya ada laporan terhadapnya, dan polis bertanggungjawab untuk melakukan siasatan dengan telus dan seadilnya.

Menurut Saifuddin, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Peguam Negara.

Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?