Kecaman terhadap pelantikan anak Zahid Hamidi di UPM dijangka merebak ke seluruh negara

Pelantikan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nurul Hidayah sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mendapat kecaman.

Menurut Malaysiakini, kecaman terbaru datang dari kumpulan belia bebas Mandiri yang menyifatkannya sebagai contoh nepotisme dan kronisme.

Pengarah Mandiri Borneo Wong Kueng Hui, menegaskan pelantikan Nurul Hidayah itu jelas bertentangan dengan prinsip reformasi yang ditekankan oleh kerajaan Madani.

“Keputusan ini menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen kerajaan dalam menegakkan prinsip meritokrasi dan tata kelola yang baik. Jelas keputusan seperti ini memberikan gambaran yang sebaliknya.

“Sekiranya budaya nepotisme dan kronisme dibiarkan berleluasa, ia akan melemahkan usaha pembaharuan dan akan terus merosakkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Wong menegaskan pelantikan terbabit mengundang persepsi bahawa janji reformasi hanya sekadar retorik tanpa pelaksanaan yang konkrit. 

Sebelum ini, pelantikan Nurul mencetuskan kritikan, termasuk ejekan daripada artis grafik Fahmi Reza yang mempertikai kelayakan Nurul dengan mengaitkan bapanya Zahid.

Presiden Gerakan Datuk Seri Dominic Lau juga berkata pelantikan Nurul membuktikan PH langsung tiada keazaman untuk mereformasi pelantikan politik.

Bagaimanapun, Nurul mempertahankan pelantikan itu dengan berkata dia seorang alumni UPM yang aktif.

Sehubungan itu, Wong menggesa kerajaan memastikan agar proses pelantikan ke jawatan penting di institusi awam dilakukan secara telus, berasaskan merit, kelayakan, pengalaman, serta bebas daripada pengaruh politik. 

“Kerajaan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa ia benar-benar komited terhadap pembaharuan yang dijanjikan. 

“Jangan biarkan keputusan seperti ini menghakis kepercayaan masyarakat terhadap integriti proses pengambilan keputusan dalam pentadbiran awam dan mengkhianati harapan rakyat untuk perubahan yang lebih baik,” tambahnya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?