Jaguh muay thai Malaysia kecundang

Jojo (kiri) memberikan reaksi bersahaja selepas tamat pertarungan malam tadi.
Gambar tangkap layar siaran langsung One Championship oleh Kosmo!

Harapan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk melakukan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan di Impact Arena Bangkok, Thailand malam tadi.

Pada pertarungan ONE 170 kategori flyweight muay thai itu, Jojo yang sebelum ini melakar kejutan ke atas Josue ‘Tuzo’ Cruz menampilkan aksi cukup matang pada awal saingan dengan melakukan knockdown pada pusingan pertama, menurut laporan akhbar Kosmo! malam tadi, Jumaat 24 Januari 2025.

Namun, aksi agresif yang ditampilkan oleh Estupinan selain berjaya melepaskan beberapa tumbukan ke arah Jojo melemahkan jaguh seni bela diri berusia 18 tahun itu.

Asakan demi asakan, Jojo dilihat semakin berdepan kesukaran dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada Estupinan yang terkenal dengan gelaran Panda Kick menerusi keputusan pengadil.

Hanya satu mata memisahkan Jojo dan Estupinan pada pertarungan kali ini sekali gus menyaksikan kekalahan kedua bintang muda negara itu dalam arena One Championship. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?