Dollah Salleh maju setapak lagi
Dollah pilih rebut kerusi naib presiden FAM
Legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh memilih untuk memasuki gelanggang pertarungan naib presiden pada kongres pemilihan barisan kepemimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029, 15 Februari depan.
Keputusan yang dibuat menyaksikan bekas pengendali skuad kebangsaan itu terpaksa menolak satu lagi pencalonannya bagi kerusi ahli jawatankuasa eksekutif (Exco).
Ia juga sekali gus menyaksikan Dollah tidak akan bertarung dengan seorang lagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan yang turut dicalonkan dalam pertandingan Exco.
Dollah mengakui terkejut apabila namanya tercalon dalam dua 'kategori' meskipun kali pertama terbabit dengan pertandingan merebut jawatan dalam badan induk itu.
Beliau berkata, keputusan memilih untuk bertanding bagi jawatan naib presiden dibuat kerana mahu kekal dengan perancangan asalnya yang memang berhasrat bersaing merebut kerusi itu.
"Saya dapat tahu (senarai nama calon) kira-kira jam 6 petang, semalam dan saya pun terkejut juga apabila ada dua nama saya dicalonkan. Mungkin ada sokongan kuat agaknya hingga dapat dua pencalonan.
"Jadi, kena fokus satu bermakna saya memang tumpu pada naib presiden dan terpaksa tolak pencalonan untuk jawatan Exco. Sejak dari awal memang saya nak bertanding naib presiden, jadi saya kekal dekat jawatan itu.
"Jika terpilih, saya bagi apa yang saya ada untuk membantu dan kalau tidak (terpilih), mungkin itu bukan rezeki saya. Kita serahkan kepada ahli gabungan untuk buat pilihan," katanya kepada BH Sukan.
Dollah dan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dicalonkan bagi jawatan naib presiden dan Exco, namun mereka perlu memilih hanya satu jawatan untuk bertanding menerusi jawapan balas dalam borang pengesahan penerimaan pencalonan yang perlu diserahkan selewat-lewatnya, Khamis ini.
Selain Mohd Azhar, Dollah akan berentap dengan Datuk Seri Rosmadi Ismail, N Saaran dan Syed Yazid Syed Omar untuk merebut empat kerusi naib presiden.
Senarai 29 calon yang layak bertanding
Presiden (1 kerusi) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
End©Permadu
Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment