Belum apa-apa sudah sembang kencang, kata peminat bola

Pelik juga, presiden yang tidak pertahan jawatan dan bakal presiden FAM yang menang tak bertanding, macam tak berperanan apa-apa mengenai pelantikan Friend dan Duncan

Seorang personaliti pembangunan sukan menzahirkan pandangan bahawa cita-cita untuk melihat pasukan negara menjejakkan kaki ke Piala Dunia dan menjadikan Harimau Malaya sebagai pasukan paling cergas di Asia diharapkan bukan hanya cakap kosong.

Seperti dilapor Sinar Harian hari ini, tokoh itu yang merupakan pemerhati bola sepak tempatan, Encik Mohd Sadek Mustaffa dipetik sebagai berkata, ia harus dibuktikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), skuad Harimau Malaya, Encik Robert Friend dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan, Dr Craig Duncan selepas skuad negara sudah lama berada dalam prestasi yang tidak memuaskan.

Menurutnya, apa juga diperkatakan oleh kedua-dua individu itu merupakan sasaran mereka, namun peminat bola sepak negara sudah tentu mengharapkan ia berjaya kali ini terutama ketika janji sama seperti layak ke Piala Dunia sudah sering didendangkan.

"Apa juga hasrat mereka, itu sudah tentu sasaran yang mereka tetapkan. Dalam menjadikan pasukan Harimau Malaya paling cergas, sudah tentu perlu melihat kepada 'keputusan makmal' dan data kesemua pemain negara.

"Daripada data tersebut baru dapat tahu di mana tahap pemain negara dan satu program khas boleh direka. Namun, sejauh mana ia akan berhasil, kita serahkan kepakaran kepada mereka.

"Begitu juga untuk layak ke Piala Dunia. Saya melihat CEO baharu Harimau Malaya tidak biasa dengan pengurusan pasukan kebangsaan. Ia akan menjadi sedikit cabaran terutama untuk memahami konteks di Asia.

"Bagi saya, apa juga yang diutarakan oleh kedua-dua mereka, perlu dibuktikan dan bukan hanya cakap kosong," katanya kepada wartawan sukan akhbar berkenaan.

Sebelum ini, Friend dalam satu wawancara bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan impiannya untuk membawa Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia.

Duncan pula yang memiliki latar belakang hebat dalam bidang sains sukan mahu memacu skuad negara menjadi paling cergas di Asia.

Namun, hasrat dan impian mereka itu mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan peminat bola sepak negara dengan ada yang menyifatkan kedua-dua individu itu belum apa-apa lagi sudah 'sembang' kencang.

Sadek berkata, ketika ini, Friend dan Duncan perlu bercakap berdasarkan fakta selain perlu mencari ramuan khusus untuk mengubat kelemahan pasukan negara.

"Ini memerlukan kerja keras dan akan memakan masa yang lama. Sudah tentu peminat bola sepak negara tidak boleh mengharapkan keputusan segera.

"Saya harap apa juga yang dilakukan akan mampu meningkatkan prestasi pasukan negara," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?