Tangis Tak Berairmata bekas boss JPS

Abu Bakar menjalani hukuman penjara 26 bulan bermula Isnin selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah antara 2014 dan 2015.
Gambar Bernama

Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama melaporkan bekas Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abu Bakar Mohd Yusof mula menjalani hukuman penjara 26 bulan hari ini selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan sabitan terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah antara 2014 dan 2015.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan akhir Abu Bakar terhadap sabitan serta hukumannya.

Mahkamah mengeluarkan waran komital bagi membolehkan Abu Bakar memulakan hukuman penjara serta-merta.

Sebelum ini, beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM45,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.

Lelaki berusia 74 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 26 bulan dan denda RM133,326.40 oleh Mahkamah Sesyen pada 2018 selepas didapati bersalah menerima rasuah berupa penginapan hotel dan wang tunai RM20,000 daripada seorang pemilik syarikat antara 2014 dan 2015.

Rayuannya ke Mahkamah Tinggi telah ditolak pada 2022, yang mendorongnya membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Abu Bakar bagaimanapun telah menjelaskan denda tersebut.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Azmi ketika membacakan keputusan sebulat suara panel hakim berkata, rayuan Abu Bakar tiada mempunyai merit dan turut menegaskan keterangan terhadap perayu adalah kukuh dan tidak dapat dipertikaikan.

Beliau juga memutuskan bahawa keterangan dua saksi pihak pendakwaan adalah boleh dipercayai dan mereka bukanlah rakan sejenayah seperti yang dihujahkan oleh pihak pembelaan.

Mahkamah turut menolak permohonan Abu Bakar agar hukuman penjara berjalan serentak, sekali gus mengesahkan bahawa beliau akan menjalani hukuman penjara selama 26 bulan secara berturutan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Pada 23 November 2018, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM10,486.40 ke atas Abu Bakar kerana menerima rasuah berupa penginapan hotel daripada Mazlan Jamalludin sebagai dorongan untuk melantik syarikat milik Mazlan, Warna Gergasi Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja kontrak di kawasan Empangan Batu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang antara 28 November 2014 hingga 30 November 2014.

Abu Bakar turut dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM22,840 kerana menerima rasuah berupa penginapan hotel daripada Mazlan sebagai balasan untuk mengekalkan kontrak tersebut. Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan antara 12 Jun 2015 hingga 14 Jun 2015.

Selain itu, beliau dikenakan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM100,000 kerana menerima rasuah wang tunai RM20,000 daripada Mazlan untuk tidak mengganggu dan mengekalkan kontrak tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di hotel yang sama di Port Dickson pada 14 Jun 2015.

Dalam kes berkaitan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 42 bulan dan denda RM222,500 ke atas bekas pelukis pelan di jabatan itu, Mohd Nasir Mohd Isa, 53, kerana menerima suapan berbentuk penginapan hotel dan wang tunai RM40,500 daripada pemilik syarikat yang sama.

Dalam prosiding rayuan hari ini, Abu Bakar diwakili oleh peguam Ainur Azalia Ayoub manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noralis Mat dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

End©Permadu


Dimuatnaik/adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?