Nikah Sireh? Saya pun nak😂

Di Johor Bahru, seorang jejaka Bangladesh memberitahu Permadu Malaysia beliau baharu sahaja selesai melangsungkan perkahwinan dengan seorang pekerja asing wanita Indonesia menerusi konsep pernikahan yang diberi nama Nikah Sireh.

Kata lelaki berusia 40an itu, dia mengenali wanita berstatus balu tersebut melalui aplikasi Facebook di media sosial.

Setelah bertemu beberapa kali, pasangan itu memetrai percintaan dan membuat keputusan untuk berkahwin.

Menurut jejaka Bangla yang sudahpun mempunyai isteri dan anak di negara asal, objektif utama perkahwinan ialah untuk "menghalalkan perhubungan" dari terjebak ke kancah noda dan dosa. 

Untuk komunikasi seharian, mereka menggunakan bahasa Melayu apabila berbual.

"Di Malaysia, mesti mahu pandai cakap Melayu... Kalau tak tahu cakap, susahhh," katanya.

Ditanya lebih lanjut mengenai Nikah Sireh, dia menjelaskan majlis dihadiri tetamu rapat sahaja seramai 15 orang dan dikendalikan oleh seorang "Ustaz" selaku jurunikah warga asing dari Indonesia yang memakai jubah dan kopiah.

Selesai akad nikah, hadirin dihidangkan jamuan nasi dengan beraneka lauk.

Beliau mengakui pernikahannya tidak berdaftar dengan penguasa atau jabatan agama Islam negeri, serta tiada dokumen, selain sedikit catatan tulisan tangan.

Mengenai isteri barunya pula, dia memberitahu wanita berusia 30an itu menjadi janda selepas suaminya meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara asal. Kini dia bekerja di sebuah warong dengan gaji RM50 sehari.

Lelaki Bangladesh ini juga berkata dia membelanjakan sebanyak RM500 sebagai bayaran kepada jurunikah, RM25 mas kahwin, RM300 jamuan dan RM200 untuk perbelanjaan lain.

Menjawab satu soalan, lelaki yang bekerja di sebuah kedai runcit itu berkata isteri dan kekuarganya di Bangladesh tidak mengetahui tentang perkahwinannya ini.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?