Makin dipujuk, makin merajuk💝
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya enggan merayu selepas keahliannya digantung oleh UMNO selama enam tahun bermula 27 Januari tahun lalu.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, ini disebabkan sehingga kini beliau tidak mengetahui sebab keahliannya digantung.
"Buat apa saya nak merayu, sampai sekarang pun saya tidak tahu mengapa digantung?" akhbar Harian Metro memetik anak lelaki perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn itu ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini, Rabu 11 Disember 2024.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan UMNO pada 25 November lalu yang menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Disember kemudian menyatakan, Tajuddin menghantar empat kali surat rayuan untuk kembali bersama parti itu dalam tempoh pergantungan keahliannya.
Ahmad Zahid berkata, Tajuddin juga menunjukkan komitmen dan sokongannya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.
Pada Januari tahun lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar daripada UMNO kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun seperti Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan, Encik Shahril Sufian Hamdan dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment