Jokowi, anak dan menantu dipecat dari parti

Di Solo, Indonesia, Agensi melaporkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara umum dan rasmi memecat Joko Widodo (Jokowi), anaknya, Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Bobby Nasution, serta 27 pengikut lainnya daripada parti berkenaan.

Berdasarkan berita dari media tempatan, surat keputusan berhubung pemecatan itu dibacakan oleh Ketua Bidang Kehormatan Dewan Pimpinan Pusat PDIP, Komarudin Watubun. Dikeluarkan di Jakarta, surat itu bertarikh 14 Disember 2024, dan ditandatangani oleh Ketua Umum Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung Hasto Kristiyanto.

Memetik portal berita Detik.com, Komarudin memberitahu, beliau telah menerima arahan langsung daripada Ketua Umum PDIP untuk mengumumkan hal tersebut.

"DPP Parti akan mengumumkan surat keputusan pemecatan terhadap Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, dan Bobby Nasution serta 27 anggota lain.

"Keputusan itu melarang mereka itu untuk tidak melakukan kegiatan dan menduduki sebarang jawatan atas nama PDIP," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Jokowi yang ditemui media memberi respons berkaitan kemungkinan pemecatan dirinya dan keluarganya oleh PDIP.

Apabila dilontarkan tentang dirinya yang bakal tidak berada dalam sebarang parti politik, Jokowi secara ringkas menyebut soal 'parti perorangan'.

CNN Indonesia antara lain menafsirkan bahawa hal yang dimaksudkan Jokowi itu adalah tentang hasrat peribadinya untuk terus berkecimpung dalam politik meskipun nanti tidak mewakili mana-mana parti.

Pada Rabu (4 Disember lalu) Hasto Kristiyanto yang ditemui pemberita di Jakarta Selatan pernah memberi kenyataan mengenai soal status keanggotaan Jokowi. Hasto menegaskan Jokowi sudah bukan lagi bagian dari PDIP.

"Jokowi dan keluarga sudah tidak lagi sejalan dengan cita-cita parti. PDIP melihat Jokowi dan keluarganya memiliki cita-cita kekuasaan yang tiada henti. Selain itu, amalan politik yang dijalankan Jokowi dan keluarganya harus menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak untuk menjalankan disiplin parti," kata Hasto memetik laporan Kompas.com.


Sumber berita dari Agensi yang turut disiarkan Astro Awani.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim