Zamil dakwa difitnah pendakwah selebriti yang salah guna wang derma

Encik Zamil Ibrahim pada satu sidang akhbar di Alor Setar, Kedah hai ini. GAMBAR SINAR HARIAN

Seorang aktivis politik buat laporan polis semalam, Ahad 10 November 2024, mendakwa dirinya difitnah oleh seorang pendakwah selebriti yang membuat laporan rasuah terhadapnya sebelum ini.

Aktivis tersebut, Encik Zamil Ibrahim yang pernah berganding dengan Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan parti Kita lebih sepuluh tahun yang lalu, dilaporkan akhbar Sinar Harian sebagai berkata, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya selepas ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, laporan tersebut dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dengan mendakwa laporan SPRM dibuat oleh pendakwah seleberiti itu bertujuan merosakkan kredibiliti dan karier politiknya.

"Laporan SPRM oleh pendakwah terlibat saya anggap palsu dan fitnah jahat, satu penganiayaan, merosakkan kredibiliti malah cubaan menjejaskan karier politik saya di mata pemimpin yang saya hormati," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Dakwa Zamil, laporan SPRM tersebut itu juga menjejaskan nama baik polis termasuk IPD Dang Wangi Kuala Lumpur berhubung satu laporan polis yang dibuatnya pada 20 Oktober tahun lalu berkaitan penyalahgunaan wang derma orang ramai oleh pendakwah berkenaan.

Menurutnya, tuduhan ke atas dirinya yang seolah-olah boleh mengarahkan pihak berkuasa menghentikan siasatan terhadap pendakwah berkenaan adalah tidak wajar.

"Saya dihubungi pendakwah tersebut dua minggu lepas untuk berjumpa bagi menyelesaikan pertelingkahan antara kami.

"Saya tidak pernah menjangkakan pertemuan kedua saya dengan pendakwah berkenaan di masjid tersebut bersama wang dan rombongan SPRM Kedah.

"Saya tidak pernah sama sekali meminta wang, menetapkan harga atau meminta apa-apa. Beliau hadir di pekarangan masjid untuk bertemu pada 5 November lepas setelah saya selesai solat jenazah dan membawa wang," dakwanya lagi.

Zamil mendakwa bahawa selepas pertemuan tersebut, rombongan SPRM Kedah tiba dan menyatakan berlaku cubaan merasuah.

Pada Rabu lalu, media melaporkan, seorang aktivis politik bersama dua lagi individu direman empat hari sehingga 9 November bagi membantu siasatan SPRM.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti konon bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?