Ramai tak dapat menahan sebak menerima khabar Tun Daim meninggal dunia

Hilangnya seorang bilionaire Melayu yang hebat berbakti kepada negara
Banyak jasa kepada golongan miskin dan luar bandar, ramai tak nampak kerana Daim bukan jenis mempromosi diri sendiri dan menunjuk-nunjuk dia buat kerja

Tiada siapa dapat menidakkan bahawa Allahyarham Tun Daim Zainuddin meninggalkan kenangan dan legasi cukup besar sebagai seorang tokoh yang banyak berbakti terutama ketika beliau bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Sehubungan itu, media melaporkan Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani, Encik Fahmi Fadzil, yang sebelum ini memandang sepi terhadap tokoh kewangan itu, tiba-tiba berkata beliau mewakili kerajaan merakamkan penghargaan atas bakti Allahyarham terutama sepanjang berkhidmat sebagai menteri.

Ini dari satu segi umpama lumrah alam, namun menghormati seseorang yang sudah berpindah dari alam fana ke alam barzakh, merupakan satu amalan yang sangat wajar.

Yang membuat ramai tidak dapat menahan sebak, cara Allahyarham dilayan di hari-hari terakhirnya berdepan kes mahkamah yang seolah menggambarkan dirinya tidak berbakti sama sekali kepada tanah air tercinta.

"Bagi pihak kerajaan saya mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Toh Puan Nai'mah (Abdul Khalid) dan seisi keluarga atas pemergian Allahyarham.

"Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai juga terhutang budi dengan Allahyarham, beliau pernah datang memberi sokongan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dan beberapa perbincangan-perbincangan sebelum ini.

"Sudah pasti beliau banyak memainkan peranan dan berbakti kepada negara tatkala beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan," katanya seperti dipetik Berita Harian ketika ditemui wartawan akhbar itu di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi yang menyertai solat jenazah yang diimamkan anak saudara Daim, Amir Imran, turut mendoakan keluarga diberi kesabaran dan ketenangan menghadapi saat sedih ketika ini.

Ditanya kenangannya dengan Daim, Fahmi berkata, tidak banyak yang diingatinya kerana beliau masih kecil itu.

"Waktu itu saya masih kecil dan tidak faham mengenai politik dan memang kita tidak boleh nafikan pada tahun 80-an dan waktu krisis kewangan ASEAN (ASEAN Financial Crisis) memang Allahyarham bantu kerajaan sebagai Menteri Kewangan dan tugas-tugas dilaksanakan beliau membantu mengembalikan Malaysia pada landasan yang baik," katanya.

Sementara itu, akhbar Berita Harian sempat terserempak dengan dua tokoh, seorang bekas PM dan seorang lagi bekas menteri yang juga tokoh politik veteran.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Tun Daim Zainuddin kehilangan besar kepada negara.

"Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Kita kehilangan seorang figura besar yang banyak berjasa kepada negara.

"Kehilangan Allahyarham Tun Daim bukan sahaja kehilangan kepada keluarga dan sahabat handai tetapi kehilangan kepada negara," katanya.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Dr Rais Yatim pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang teliti dalam pengurusan kewangan, termasuk ketika berkhidmat dalam UMNO mahupun semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Ketika ditemui pemberita, beliau mengimbas kembali peranan Daim semasa Krisis Kewangan pada 1997-1998.

"Saya masih ingat ketika zaman kesukaran pada 1997 dan 1998, beliau mengorak langkah untuk membolehkan kemasukan modal masuk tanpa periksa dan tanpa bebanan bagi mengatasi krisis kewangan pada masa itu.

"Jadi, semua simpanan individu kaya dari luar negara kembali ke Kuala Lumpur tanpa sebarang persoalan, dan jumlah wang ini hampir RM28 bilion pada waktu itu.

"Ini yang menyebabkan Malaysia tidak perlu meminjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada waktu itu," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Daim selepas memberi penghormatan terakhir.

Rais berkata, Daim juga seorang yang tidak banyak bercakap, seorang ahli teori dan bekerja dengan tekun dan sepanjang kerjayanya, Allahyarham memperjuangkan nasib komuniti luar bandar.

"Beliau sentiasa menekankan bahawa pembangunan luar bandar perlu diberi perhatian lebih dalam menerusi dasar dan peruntukan kewangan untuk menyokong petani, nelayan, dan peniaga kecil.

"Legasi Daim bukan hanya dalam pencapaian kewangannya, tetapi juga dalam perjuangannya untuk golongan yang terpinggir," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar