UTAR bantu pelajar miskin, tidak berobjektif keuntungan, sebab hutang RM83j dengan LHDN dihapus kira

Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang dilapor berhutang sebanyak RM83 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

BERNAMA melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelewatan kelulusan pengecualian cukai kepada Utar itu berikutan universiti berkenaan masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

"Soal pengecualian cukai bagi Utar, iaitu universiti Cina. Apa dasar kita? Semua usaha untuk pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan kita kecualikan.

"Kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar miskin belajar, untuk kecualikan tuisyen, kita kecualikan cukai. Bagi saya tidak ada masalah, cuma kita umumkan kerana kelewatan kita luluskan berikutan Yayasan Utar belum dipecahkan.

"Baru-baru ini, mereka meminta diberi tempoh setahun, mereka akan pecahkan namun sementara itu mereka minta pengecualian bagi semua kelulusan untuk pendidikan anak miskin," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di Petaling Jaya hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilapor memutuskan untuk melepaskan Utar daripada pertikaian cukai dan denda.

Laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN ke atas Utar akan dihapus kira.

Timbalan Menteri Kewangan Puan Lim Hui Ying sebelum ini berkata menurut LHDN, Utar tidak diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Yayasan Pendidikan Utar yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!