Tanda-tanda Najib bakal berpindah dari penjara ke rumah?

Dalam ucapan belanjawan pun boleh masuk sekali!

Ahli Parlimen dari PKR Encik Hassan Abdul Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyentuh soal tahanan di rumah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor yang dilihat kontroversi dan paling berani itu bertanya jika ia adalah “persiapan awal” untuk membina persetujuan awam untuk meminda undang-undang “untuk meringankan hukuman bagi golongan elit tertentu”.

Apapun tahniah Anwar tidak lagi guna perkataan bajet, istilah Belanjawan dihidupkan semula

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 18 Oktober 2024.

“Hanya satu perenggan sahaja.Tidak dijelaskan kenapa tiba-tiba perlu sangat soal tahanan di rumah dimasukkan ke dalam ucapan belanjawan?

“Kelihatan janggal. Sepatutnya (belanjawan) bincang bagaimana untuk menambah hasil pendapatan negara, langkah untuk kurangkan hutang kerajaan dan defisit fiskal, misalnya.

“Ucapan belanjawan seharusnya menumpu soal ekonomi dan kewangan, bukannya soal reformasi undang-undang atau urusan penjara,” katanya dalam kenyataan, kelmarin, seperti dipetik Malaysiakini.

Mempersoalkan apakah jenis kesalahan jenayah yang akan dikenakan hukuman itu, Hassan bertanya adakah ia turut meliputi mereka yang disabit bersalah atas dakwaan rasuah dan pecah amanah jenayah.

Beliau berkata walaupun Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 - yang melibatkan perubahan signifikan dalam undang-undang kewarganegaraan - diluluskan dengan majoriti dua pertiga, keadaan pastinya tidak sama untuk sebarang usaha menggubal akta berkaitan tahanan di rumah.

Katanya, ia pasti akan ditentang oleh rakyat dan ahli Parlimen jika dilihat dari awal ia untuk memberi keistimewaan tertentu kepada golongan elit.

“Saya harap perdana menteri janganlah meneruskan agenda yang regresif seperti ini,” katanya lagi.

Hukuman alternatif

Kelmarin, ucapan Anwar turut mengandungi bahagian berkenaan “peluang kedua” dan membayangkan rancangan untuk merangka undang-undang baru bagi membolehkan tahanan di rumah sebagai hukuman alternatif untuk kesalahan tertentu.

"Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau pegawai penjara," menurut teks ucapan.

Anwar bagaimanapun tidak membacakan bahagian itu ketika berucap kelmarin.

Menurut peguam, banduan di Malaysia tidak boleh memohon untuk tahanan di rumah memandangkan tiada peruntukan berkenaan dalam sistem perundangan negara.

Isu tersebut hangat diperkatakan pada awal tahun lalu apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendakwa pengampunan diraja terhadapnya membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabit bersalah dalam kes SRC International dan masih lagi dibicarakan untuk kes-kes berkaitan skandal 1MDB.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah