Luahan Hassan Karim mengenai cuti Sabtu-Ahad dipercayai mewakili sebahagian rakyat Johor

Ahli Parlimen kontroversi Pasir Gudang di Johor, Encik Hassan Abdul Karim mengkritik pengumuman bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Merujuk satu hantaran di Facebook, Malaysiakini kelmarin memetik pemimpin lantang dari PKR itu sebagai berkata, Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam dan mempunyai pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.

"Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.

“Perubahan untuk menjadikan Jumaat sebagai hari bekerja dan Ahad sebagai hari cuti di Johor pernah berlaku beberapa tahun yang lalu.

“Tetapi perubahan itu tidak bertahan lama kerana rakyat Islam di Johor tidak menyokongnnya,” katanya.

Malah, menurut Hassan, rakyat Johor yang bukan Islam juga menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa Jumaat adalah hari cuti di Johor.

Beberapa hari yang lepas, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Hassan, cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa dan mempunyai makna dari segi sejarah dan budaya Johor.

Justeru, katanya perubahan yang akan berlaku di Johor ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.

Menurutnya, sebagai rakyat biasa, dan seorang ahli parlimen biasa dari negeri Johor dia tidak boleh berbuat apa-apa mengenai keputusan berkenaan.

“Tetapi saya masih ada satu hak untuk bersuara. Hak itu tidak boleh ditekan dan dirampas dari saya.

“Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat oleh  raja pemerintah negeri Johor ini yang ingin menukar hari Jumaat menjadi hari bekerja dengan menggantikan hari Ahad seperti yang dikehendaki penjajah Inggeris selama ini sebagai hari cuti,” katanya.

Johor sebelum ini telah beberapa kali mengubah cuti hujung minggunya.

Negeri di selatan semenanjung itu melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad kali pertama pada tahun 1994 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilik nama sebenar Mahiaddin Md Yasin, menjadi menteri besar.

Bagaimanapun pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim "mengembalikan tradisi" dengan menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu.

Ia sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail juga mengarahkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan mufti Johor mengadakan perbincangan berkaitan keputusan terbaru itu.

Baginda juga berharap semua syarikat baik swasta mahupun kerajaan memberi ruang secukupnya untuk waktu solat Jumaat.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Komen Pembaca:

    Mana ada agama islam suruh bagi cuti pd hari jumaat... 🤔🤷‍♂️
    Betul Haji. Masa sekolah ada hadis nabi saw bersabda, lebih kurang maksudnya, lepas solat Jumaat sambunglah mencari rezeki. Tuan Haji ingat tak
    Maknanya tak cuti hari Jumaat
    Yaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah