Kisah nenek jatuh pokok digertak orang asli

Saya tertarik dengan personaliti seorang sahabat saya. Bagi saya, dia seorang insan yang menghiburkan. Sangat menghiburkan.

Kalau dia marah, dia akan meluahkan segala-galanya. Dengar sahajalah luahannya itu.

Dia dinamik, bertenaga dan tahan lasak. Selain itu, nenek yang masih jelita ini memiliki daya pemikiran yang tajam. Berpandangan jauh lagi baik hati.

Dia juga pandai memasak dengan beraneka makanan yang sedap-sedap.

Dan yang paling menarik tentang nenek ini ialah kepetahannya bercakap menggunakan loghat Temerloh dengan begitu pekat sekali.

Al kisah suatu hari nenek ini memanjat pokok manggis di hadapan rumahnya. Katanya, sayang tengok banyak buah manggis yang sudah masak di atas pokok.

Kalau dibiarkan, maka sekumpulan kera akan berpesta menikmati juadah buah-buahan tempatan. Jeritan nenek menghalau kera tidak dihiraukan sama sekali.

Maka berjayalah nenek yang berusia 62 tahun ini memetik buah sebanyak lebih satu baldi. Entah macam mana, malang tak berbau. Nenek terlepas dahan yang dipegang lalu terjatuh berdebuk ke tanah.

Sakitnya, kata nenek itu. Tetapi nenek steady, kesakitan nenek pulih dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Dipendekkan cerita, nenek ini memiliki kebun getah yang agak luas di Temerloh. Seperti pemilik kebun yang lain, dia berpeluang menerima bantuan daripada agensi kerajaan termasuk Risda setiap tahun. Terutama apabila tiba musim tengkujuh. Biasalah kan. Bila hujan tidak boleh menoreh getah.

Nenek mengupah orang asli bersama beberapa orang ahli keluarga orang asli itu melaksanakan kerja menoreh getah

Namun nenek kurang berpuas hati dengan prestasi kerja penoreh upahan itu.

Berikut adalah luahan hati nenek:

"Tak dapat tumpu tadi saya pergi kebun berjumpa orang asli saya endok ambil alih pada dia saya jadi penoreh semula.

"Dia mintak tempoh dua tiga hari lagi bagi getah berat sikit, semalam saya tengok hari lembap ke kayu ke kayu belaka macam ni jahanamlah getah saya dah lah noreh tak pernah habis pada sehari sampai lapan baris tak habis macam mana nak simpan dia.

"Penoreh tak pernah tetap dia passing semua ahli dalam keluarga dia.

"Macam mana tuan kebun nak menegor macam tu.

"Macam tu torehan biar saya badan pun tak besar sangat jena bawok berterok sikit badan ni.

"Abang orang asli tadi dia warning saya kalau saya beri ke orang lain menoreh rentikan keluarga dia, dia endok menyantek saya saya jawab tidak saya memang endok noreh. 

"Saya beringat juga saya tahu kepandaian orang asli ni," kata nenek itu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah