Kisah Menteri Agama didakwa berbogel dalam bilik tidur isteri orang

Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar

Ketika menyemak berita lama untuk rujukan, Permadu Malaysia terjumpa pula berita ini. 

Berita lebih dua tahun yang lalu, bertarikh 18 Januari 2022 terbitan Malaysiakini itu mengisahkan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah pada masa itu, Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar, yang kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), tampil membuat laporan polis "menafikan sekeras-kerasnya" dakwaan bahawa dirinya melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa.

Sebelum ini, media tempatan termasuk Malaysiakini melaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan (dipercayai Na'im) selepas seorang wanita membuat laporan mendakwa dia menemui hakim terbabit dalam keadaan berbogel di atas katilnya pada tahun 2020.

Susulan daripada itu, Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PPSM) mengeluarkan beberapa pandangan berbeza dengan presidennya, Encik Ibrahim Deris yang mencadangkan Mohd Na'im direhatkan bagi memudahkan siasatan.

Apa yang lebih penting, bukanlah samada Na'im benar-benar berbogel atau sebaliknya, tetapi isu ini menunjukkan dengan jelas bahawa kepimpinan tertinggi sistem kehakiman Syariah ketika itu sedang berdepan kemelut serius berunsur perebutan kuasa.

Maka, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada masa itu, Datuk Idris Ahmad memandang serius perpecahan dan perbalahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi syariah susulan dakwaan seorang hakim kanan terbabit dalam kes gangguan seksual.

Presidennya, Encik Zainul Rijal Abu Bakar (gambar, atas), perpecahan itu sudah lama berlarutan tetapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan.

"Menteri Agama sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, perlu menyelesaikan polemik ini segera supaya jabatan ini tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam sebagaimana dialami beberapa institusi lain.

"PPMM percaya, perpecahan ini sudah lama membarah tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib," Malaysiakini merujuk laporan portal Berita Harian, pada 18 Januari 2022, yang memetik Zainul Rijal sebagai  berkata.

Bagaimanapun, timbalan presidennya, Encik Muhammad Yusro Borhan Nordin menafikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan presiden persatuan itu dan mendakwa ia bukan pendirian persatuan mereka.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, hakim yang berwibawa dalam kalangan mediator bertauliah bukan terdiri daripada kalangan pengamal undang-undang dan kehakiman wajar dilantik untuk memudahkan perjalanan perbincangan semua pihak.

Beliau juga menggesa semua pihak dalam institusi kehakiman syariah tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing, sebaliknya kembali ke meja rundingan untuk berbincang demi memelihara integriti, kewibawaan dan maruah institusi itu.

Katanya, pertikaian di media massa dan media sosial hanya akan memburukkan lagi persepsi masyarakat.

"PPMM melahirkan rasa dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan syariah, baru-baru ini (pada masa itu).

"PPMM memandang serius permasalahan berkenaan dan demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar ia diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.

"Penyelesaian ini haruslah dilakukan seumpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan," katanya lagi.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah