Ketegasan PAS beri bayangan siapa ahli politik Selangor simpan RM5j di safehouse


Akhbar berpengaruh dan dilihat neutral Sinar Harian hari ini melaporkan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Encik Khairul Nadzir Helmi Azhar sebagai berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan lebih terperinci kes penemuan wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dijadikan 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh.

PAS menegaskan tidak akan berkompromi atau membela mana-mana individu yang terpalit sebarang kesalahan termasuk kes rasuah kerana ia sejajar dengan pendirian parti sejak dahulu.

"Muka depan semua akhbar (hari ini) menayangkan kes penemuan RM5 juta di ‘safehouse’ dan dikaitkan dengan pemimpin politik yang sangat dikenali.

"Saya yakin semua sudah maklum ia ditujukan kepada siapa. Inilah kuasa media, nampak begitu ‘sepakat’ membawa naratif ini atau ia memang ‘arahan’?

"Walau sesiapa pun yang dikaitkan, siasatlah dengan terperinci. Jika bersalah, hukum.

"Kita berpegang dengan prinsip selagi belum didapati bersalah, seseorang itu layak membela diri dan beri perakuan benar selagi belum disabitkan mana-mana kesalahan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini,  Isnin 14 Oktober 2024.

Kelmarin, pada Sabtu, sejumlah mata wang dolar Singapura bernilai SG$1,529,000 bersamaan kira-kira RM5 juta ditemukan SPRM ketika menggeledah pangsapuri di ibu kota yang didakwa dijadikan 'safehouse' pada jam 10 malam.

Tindakan itu adalah susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkaitan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Menurut sumber, kedua-dua suspek tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, dua lagi tempat penyimpanan wang telah digeledah SPRM di sekitar ibu negara susulan penggeledahan pertama yang dibuat di sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' milik seorang ahli politik.

Penggeledahan yang dibuat pada malam Ahad itu turut berjaya menemui wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata di Kota Kinabalu, memang ada dua lagi tambahan 'safehouse' yang digeledah dan turut menemui wang tunai di rumah berkenaan.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi dan pegawai saya telah menggeledah ada tambahan dua safehouse lagi yang dikatakan ada tersimpan wang.

"Salah satu daripadanya ada penemuan lebih kurang SG$74,000 atau RM243,000. Kemudian di satu tempat pejabat dijumpai wang lebih kurang RM78,000 dan kita juga mendapat maklumat ada wang telah dibuat pelaburan di Singapura namun saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya dan siapa pemiliknya," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!