Beras tempatan dah lama tiada, kementerian Mat Sabu baru nak buat peraturan baru

Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Semua orang tahu beras tempatan membekal 60 peratus keperluan penggunaan beras di negara ini. 

Selepas harga beras import dinaikkan, hampir serta-merta beras tempatan terus hilang di pasaran, dipercayai beras tempatan sudah ditukar kategori kepada beras import bagi membolehkan ia dijual pada harga yang tinggi.

Sedihnya, penguatkuasaan terlalu lemah dan ternyata gagal mengatasi masalah ini. Akibatnya, rakyat marhaen terpaksa menanggung kos keperluan makanan ruji ini dengan membayar pada harga yang mahal.

Nampaknya kerajaan Madani terus berdiam diri tentang isu ini.

Semalam, media melaporkan pembangkang mendakwa wujudnya situasi padi yang dihantar ke kilang untuk diproses sebagai beras putih tempatan, namun akhirnya keluar sebagai beras import.

Encik Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar)

Perkara itu dibangkitkan Encik Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang memaklumkan ini diperkatakan apabila masyarakat mendapati ketiadaan bekalan beras putih tempatan di pasar raya atau kedai-kedai runcit.

"Ada yang dakwaan mengatakan padi dihantar ke kilang pengeluaran padi pada waktu pagi, petangnya pesawah nak beli beras, jadi beras import.

"Mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan memantau kilang-kilang pengeluaran padi seluruh negara bagi mengesan ke mana hilangnya padi-padi tempatan yang pagi dihantar, petangnya jadi beras import.

"Kalau ini berlaku apa tindakan kerajaan yang mesti buat ke atas kilang-kilang padi, kalau tidak berlaku ke mana pergi hilang beras-beras tempatan?” soalnya dalam soalan tambahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat semalam.

Arthur Joseph Kurup (BN-Pensiangan)

Menurut Malaysiakini, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Encik Arthur Joseph Kurup kemudiannya memberitahu bahawa kerajaan akan mewujudkan peraturan baru dalam mengekang kejadian seperti dakwaan berkenaan.

"Itulah sebab kita akan wujudkan peraturan baru. Pertama kita kena siasat dulu, minta bahagian kawalselia padi dan beras untuk pergi ke kilang-kilang melawat adakah betul bahawa tuduhan itu ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

"Sekiranya berlaku kita perlu mewujudkan peraturan baru untuk memastikan bahawa beras putih tempatan itu mesti ada bekalannya bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah