Ahli politik memang pandai menasihat, zaman Rafidah menteri, tiada kerak nasi?

Apabila yang menasihat dikhuatiri 2X5

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan kerajaan agar memastikan pelaksanaan Belanjawan 2025 bebas daripada ketirisan, penyelewengan dan pembaziran.

Dalam satu kenyataan, Malaysiakini memetik Rafidah mengucapkan tahniah atas pembentangan belanjawan terbesar dalam sejarah negara namun menekankan keperluan pemantauan ketat agar perbelanjaan mencapai matlamat sebenar.

"Ada pesanan orang tua-tua bahawa besar periuk, besarlah pula keraknya. Kerak hangus dan tidak boleh dimakan, merupakan satu pembaziran.

"Maka kerajaan perlu pastikan, antara lain kerak nasi tidak ada... dan semua nasi boleh dimakan," katanya.

Jelas Rafidah, “kerak “ yang dimaksudkan antara lain ialah kebocoran dan ketirisan perbelanjaan serta peruntukan.

Ini termasuk lencongan peruntukan kepada "orang tengah", tiada analisa kos dan faedah serta proses untuk mengesan arah aliran perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran.

Selain itu, katanya, ketirisan boleh berlaku jika tiada mekanisme mengesan setiap perbelanjaan dan peruntukan serta lemahnya sistem pengawasan.

"Ada jabatan-jabatan yang tiada sistem-sistem yang efektif untuk mendapat laporan berkala, dalam usaha mengesan setiap bentuk dan jumlah perbelanjaan dari peruntukan yang disediakan.

"Contohnya, projek-projek infrastruktur dan bekalan peralatan seperti untuk angkatan-angkatan tentera udara, laut, dan darat," katanya.

Rafidah berkata tidak dipertikaikan Belanjawan 2025 dirumus dengan niat baik, tetapi pelaksanaannya mesti diberi perhatian serius dan teliti.

"Jika tidak setiap kebocoran, lencongan, ketirisan dan pembaziran akan merupakan beban kos kepada rakyat, dan penjejasan kepada Malaysia, negara kita.

"Membanteras korupsi dan rasuah pasti bermula dengan niat yang baik. Tetapi niat itu mesti seterusnya disusuli dengan tindakan dan usaha yang serius dan komited.

“Rakyat tidak mampu dan tidak sanggup melihat nasi dalam periuk semakin tebal keraknya," katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', di Dewan Rakyat.

Sejumlah RM421 bilion diperuntukkan merangkumi sekitar 20.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dengan RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah