Pejabat PM dan SPRM nafi Anwar arah jangan siasat kontroversi Farhash beli saham

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. Gambar Facebook

Portal pro-pembangkang, rujuk laporan media kewangan antarabangsa, dakwa Anwar arah SPRM jangan siasat Farhash

Kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dalam laporan itu yang diterbitkan semalam

Portal berita dari media pro-pembangkang semalam mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Datuk Seri  Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit.

Portal berita dari media pro-pembangkang berkenaan, MalaysiaNow, merujuk laporan Bloomberg yang memetik tiga sumber yang disifatkan arif dan mengeyahui mengenai perkara itu.

Memetik sumber, akhbar kewangan antarabangsa itu turut melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah dilancarkan atas arahan Anwar.

Kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dalam laporan itu yang diterbitkan semalam.

Pada Mac, Farhash dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja satu bilion ringgit.

Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.

Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.

HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki

Sementara itu, Bloomberg dalam laporannya semalam berkata kakitangan SPRM turut diarahkan untuk menggambarkan siasatan ke atas Mahathir dan Daim sebagai sebahagian daripada "penyiasatan berterusan terhadap pendedahan mengenai dua kebocoran besar dokumen", merujuk kepada pendedahan Kertas Pandora dan Panama.

Menurut laporan media antarabangsa itu lagi, tindakan Anwar sejak dilantik perdana menteri dilihat bercanggah dengan janjinya ketika memimpin gerakan reformasi selama lebih dua dekad.

Bloomberg berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, sebaliknya menggunakan undang-undang itu terhadap musuh politiknya termasuk Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilik nama sebenar Mahiaddin Md Yasin.

"Beliau (Anwar) berdepan masalah kredibiliti yang semakin meningkat," laporan itu memetik pandangan pemerhati politik Bridget Welsh.

"Kekecewaan (terhadap Anwar) lebih besar disebabkan harapan yang tinggi," tambahnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar