Nora umpama suruh orang teka "isteri pertama" paksa suami cerai Nora

Antara berita hiburan paling disukai ramai ialah kisah artis bercerai

Adakah Nora sedang berdrama?

Adakah dia cuba gambarkan suaminya seorang pemegang PhD boleh menjadi dayus, boneka dan lembu dicucuk hidung? PhD bidang agama pulak tu. Suruh cerai, cerai! Siapa yang suruh? Tak nak beritahu. Hmmm.

Cerita pulak separuh-separuh, baling batu sembunyi tangan.

Akhbar Berita Harian Singapura melaporkan pada 13 Ogos, 2024, penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Nora Ariffin, mendakwa bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli, melafazkan cerai tanpa kerelaan.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu, Dendam Dalam Diam itu, Dr Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan tindakan itu melalui video untuk dijadikan bukti.

"Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu,” katanya kepada Astro Awani melalui aplikasi WhatsApp.

Nora, 51 tahun, bagaimanapun, memilih berdiam diri ketika ditanya siapakah individu yang didakwa memaksa bekas suaminya itu berbuat demikian.

Dalam masa sama, Nora tidak menyalahkan Dr Rushdi atas perceraian tersebut.

“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.

“Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” katanya dalam hantaran InstaStory di akaun Instagram peribadinya.

Pada 12 Ogos, Nora mengejutkan industri hiburan apabila berkongsi video beliau diceraikan oleh Dr Rushdi, yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, di akaun Instagramnya.

Penyanyi itu, bagaimanapun, tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai perceraian tersebut, sebaliknya meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku.

Nora dan Dr Rushdi mendirikan rumah tangga pada 2021 dalam satu majlis tertutup.

Dr Rushdi merupakan sahabat karib arwah suami pertama Nora, Allahyarham Johan Nawawi.

Nora dan Allahyarham Johan mendirikan rumah tangga pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Allahyarham Johan, yang merupakan penggubah muzik terkenal, meninggal dunia pada 2017 ketika berusia 52 tahun akibat serangan jantung.

Antara lagu popular ciptaannya dan dinyanyikan Nora termasuk Hanya Satu, Desa Tercinta dan Samudera.

Pada 2021, nama Nora menjadi sebutan netizen selepas timbul dakwaan beliau dan Dr Rushdi telah berkahwin sejak 2019.

Selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan, timbul juga dakwaan Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya.

Nora bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar,” kata Nora berhubung dakwaan yang mengatakan beliau memaksa Dr Rushdi menceraikan isteri pertama untuk berkahwin dengannya. 



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital