Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Iran

PELUKAN TERAKHIR

Media antarabangsa dan Malaysia hari ini melaporkan dengan terkejut bahawa pemimpin Hamas Encik Ismail Haniyeh terbunuh di Iran, umum kumpulan bersenjata Palestin itu.

Hamas berkata allahyarham terbunuh susulan serbuan Zionis terhadap kediamannya di Tehran, ibu negara Iran, Malaysiakini memetik laporan Reuters.

Dalam kenyataan, Hamas berkata gerakan Islam berkabung susulan pemergian itu.

Media Iran melaporkan tentera Pengawal Revolusi Iran mengesahkan Ismail terbunuh bersama beberapa orang pengawalnya.

Pengawal Revolusi juga berkata mereka sedang menyiasat lanjut serangan itu.

Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ismail di Qatar dan menyatakan komitmen Malaysia menggesa serangan dihentikan terhadap Palestin dihentikan.

Israel belum mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Bagaimanapun, seorang menterinya Encik Amichay Eliyahu meraikan kematian itu dengan berkata ia “akan menjadikan dunia ini lebih baik”.

Siapa Ismail?

Pada Mei 2017,  Hamas yang mentadbir Gaza, memilih Ismail,54, sebagai pemimpin biro politik, menggantikan Khaled Meshaal.

Dia lahir di kem pelarian di Gaza selepas ibu bapanya lari daripada bandar Asqalan selepas Israel menubuhkan negara pada 1948. Ismail merupakan graduan dalam bidang sastera Arab daripada Universiti Islam, Gaza.

Pada tahun 1983, di universiti, dia menyertai gerakan Blok Pelajar Islam.

Ismail merengkok dalam penjara Israel pada hujung tahun 1980 dan selamat daripada beberapa cubaan bunuh Israel semasa mendaki tangga kepimpinan Hamas.

Awal tahun ini, Israel telah membunuh tiga orang anaknya dalam serangan di utara Gaza.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar